KOTA BHARU: "Coklat nise" atau gula-gula manisan adalah pemanis mulut yang asli dan cukup terkenal di Kelantan dari dulu hingga kini, namun pembuatannya sudah sukar ditemui kerana tidak ramai mengusahakannya.
Pengusaha manisan tersebut Roziah Hussein, 59, berkata, beliau tidak menang tangan membuat "Coklat Nise Man" memandangkan perusahaan kecil itu hanya dilakukan di dapur rumah dan dibantu anak kelimanya, Ros Amira Romli, 28.
"Saya mewarisi pembuatan coklat ini daripada ibu iaitu Limah Jinal, 80, yang mengusahakan hampir 40 tahun di Kampung Beris Panji.
"Saya membantu ibu sejak kecil dan mengambil alih perusahaan ini lebih 10 tahun lepas setelah ibu uzur, namun pada masa ini terpaksa dibuat di rumah berikutan kekangan tiada tempat khas dan modal," katanya yang mengusahakannya di Taman Desa Kemumin, Padang Tembak, Pengkalan Chepa di sini, pada Ahad.
Bercakap kepada Bernama, Roziah berkata, setiap hari seawal 5 pagi, beliau menghasilkan 4,000 biji coklat nise iaitu 100 paket sehari mengikut permintaan pemborong terutama peniaga di Pasar Siti Khadijah.
Ibu kepada enam anak dan nenek kepada 13 cucu tersebut berkata, antara bahan yang digunakan ialah nise kerek (gula melaka), gandum, santan, kacang tanah dan sedikit garam.
"Saya masih membuatnya secara manual dan tradisional sepenuhnya tanpa sebarang mesin iaitu gandum disangai sehingga garing, diayak dan kacang tanah pula dibuang kulit serta digoreng terlebih dahulu.
"Pada mulanya saya guna dapur kayu, sekarang sudah berubah kepada dapur gas yang mengambil masa hampir dua jam proses memasak nise daripada ketulan sehingga cair, kemudian dimasukkan kacang tanah dan santan serta dikacau sehingga likat," katanya.
Menurutnya, pembuatan gula-gula itu agak rumit dan memerlukan khudrat kerana berhadapan dengan suhu panas, yang sekiranya lambat, air nise diproses akan mudah keras dan sukar dibentuk.
Beliau berkata, apabila nise tersebut likat, ia kemudian diangkat dan dicurah ke tempat letak kayu ditaburi gandum yang dibentuk seperti 'kolam', setelah sedikit sejuk, nise berkenaan dibentuk menjadi bujur panjang.
Mengulas lanjut, Roziah berkata, bentuk panjang itu kemudiannya dipotong menggunakan kati atau kacip pinang yang memerlukan kepakaran membentuk saiz gula-gula.
Selepas itu, kata Roziah, sekali lagi gandum yang berfungsi menyerap haba dan mengelak ia melekit diletakkan sebelum gula-gula tersebut dibungkus menggunakan kertas wau yang berwarna-warni.
"Cara membungkus coklat nise ini nampak seperti mudah, tetapi perlu ada kemahiran yang mengambil masa empat hingga lima jam. Memandangkan anak saya bekerja, saya berkongsi rezeki dengan mengupah orang bagi proses pembungkusan dan pemasaran.
"Coklat nise ini dijual kepada pemborong dengan harga RM180 untuk 50 paket, digemari semua golongan bukan sahaja mendapat permintaan tetap dari Terengganu dan Kuala Lumpur, malah pernah diterbangkan ke Ireland dan Brunei," katanya.
Beliau berkata, permintaan terhadap coklat nise sangat tinggi dan bagi membuat inovasi, pada tahun lalu, beliau telah membeli satu mesin khas berharga lebih RM20,000 untuk peralihan teknologi, tetapi ia tidak sesuai dan tidak boleh digunakan.
Katanya, pada November 2014, beliau pernah dijemput untuk membuat demonstrasi memotong dan membungkus coklat nise di hadapan delegasi Brunei dan kerabat Diraja Kelantan di Kampung Kraftangan, di sini. - BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024
Roziah berkata, setiap hari seawal 5 pagi, beliau menghasilkan 4,000 biji coklat nise iaitu 100 paket sehari mengikut permintaan pemborong terutama peniaga di Pasar Siti Khadijah. - Gambar Bernama
Kadar tarif AS cetus kebimbangan global - Jepun
Menteri Kewangan Jepun Katsunobu Kato pada Ahad melahirkan kebimbangan serius terhadap kemungkinan kesan kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China, Kanada dan Mexico.
Zon Bebas Kenderaan: Banda Hilir rekod lebih 120,000 pengunjung sempena cuti perayaan
Lebih 120,000 pengunjung direkodkan membanjiri Banda Hilir setakat semalam sejak pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan pada 28 Jan lepas sempena cuti persekolahan dan perayaan Tahun Baharu Cina.
Op Selamat 23: Lebih 100,000 saman trafik dikeluarkan
Polis telah mengeluarkan 104,235 saman melibatkan pelbagai kesalahan trafik dalam Op Selamat 23 setakat semalam.
Fokus Minggu Depan: Parlimen bersidang semula Isnin, apa tumpuan dan keutamaan?
Bersama Dr Ahmad Zaharuddin Sani, Penganalisis Politik membincangkan tentang Parlimen yang akan berlangsung Isnin ini.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksanakan secara berfasa - KSN
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari lepas secara berfasa.
Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa mereka ditekan
Sekumpulan 10 penuntut universiti yang dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah pada 25 Januari lepas, menganggap ia adalah intimidasi terhadap perjuangan mereka.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Muhammad Zaim Zulkifli Ariff berkata, mereka hairan mengapa anak muda yang menuntut negara bebas rasuah ‘diseret’, tetapi bukan bukan sang perasuah, atau pencuri harta negara.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Muhammad Zaim Zulkifli Ariff berkata, mereka hairan mengapa anak muda yang menuntut negara bebas rasuah ‘diseret’, tetapi bukan bukan sang perasuah, atau pencuri harta negara.
Israel serang tebing barat sewaktu Gencatan Senjata di Gaza
Tentera zionis mula menyerang jenin pada 21 januari lepas, hanya dua hari selepas gencatan senjata di gaza berkuatkuasa.
Sekurang-kurangnya 7 maut, 19 cedera di Philadelphia
Datuk Bandar Philadelphia, Cherelle Parker sahkan tujuh terkoban termasuk seorang orang awam yang berada dalam kereta selepas sebuah pesawat perubatan terhempas pada petang Jumaat.
Ops Sky: Selebriti, ikon tempatan dalam radar SPRM
Selebriti termasuk artis dan ikon tempatan dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat dalam sindiket tawaran pinjaman.
Kanada bertindak balas, kenakan tarif 25 peratus ke atas import dari AS
Kanada akan mengenakan kadar tarif sebanyak 25 peratus ke atas import dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap tarif yang dikenakan oleh AS, lapor agensi berita Jerman (dpa).
"Coklat nise" gula-gula kegemaran rakyat Kelantan
"Coklat nise" atau gula-gula manisan adalah pemanis mulut yang asli dan cukup terkenal di Kelantan dari dulu hingga kini.
Locong: Cendol warna-warni kegemaran masyarakat Kelantan
Locong berasal dari Thailand dan jarang rakyat tempatan yang membuatnya.
Cendol 'Tutty Fruity' menu menarik musim panas di Langgar
Seorang peniaga, Mohd Fazli Abu Bakar, 28, beliau menyajikan cendol dengan pelbagai buah atau lebih popular di kalangan pelanggannya sebagai cendol 'tutty fruity'.