KUALA LUMPUR: COURTS (Malaysia) menyemarakkan lagi semangat Ramadan dengan acara gotong-royong memasak dan mengedarkan bubur lambuk untuk orang ramai, dengan kerjasama Astro dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Dengan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, COURTS turut mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama Astro yang menawarkan langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Mengangkat prinsip “Contribute to Society,” kerjasama itu turut meneruskan amalan menyantuni warga Akademi Tahfiz Al-Hidayah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Selain bubur lambuk dan beberapa sumbangan lain istimewa buat anak-anak Akademi Tahfiz Al-Hidayah, COURTS turut menyumbangkan produk bernilai lebih RM3,000 untuk menggantikan peralatan yang rosak di akademi tersebut.
Kata Pengarah Operasi COURTS (Malaysia), Anurag Srivastava, aktiviti seperti ini dapat membina hubungan yang lebih rapat dengan pelanggan untuk COURTS lebih memahami keperluan dan kehendak mereka.
“Saya fikir dengan PPIM dan ASTRO, kami berkongsi banyak sinergi terutamanya komitmen untuk menyumbang semula kepada masyarakat. Itu menjadi tanggungjawab kami di samping menjalankan perniagaan.
“Jadi, kami hadir bersama untuk menuju matlamat itu dengan sentimen yang sama dan saya berharap kerjasama dan komitmen ini dapat dilanjutkan untuk impak yang lebih besar.”
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong pula berbesar hati dengan penerimaan COURTS untuk memudahcarakan capaian produk ASTRO kepada khalayak dengan tawaran pakej istimewa yang diumumkan.
“Sudah pasti kami amat berbangga dengan kerjasama pihak COURTS untuk menyediakan servis kami di 47 cawangannya di seluruh negara, sesuai dengan perayaan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, di mana orang ramai dapat menikmati pelbagai saluran dan kandungan yang ada di Astro.
“Ini juga melambangkan aktiviti-aktiviti yang kami perkenalkan kepada pelanggan bukan sahaja servis kami di Astro tetapi juga servis bersama-sama dengan COURTS.”
Aktiviti agihan bubur lambuk dan sumbangan kepada sekolah tahfiz ini merupakan kerjasama COURTS dengan PPIM yang bermula sejak beberapa tahun lepas.
Melihat kepada usaha yang boleh dikembangkan untuk tahun-tahun mendatang, Presiden PPIM Datuk Nadzim Johan mahu sesuatu yang lebih berimpak dapat diusahakan untuk tidak hanya membantu dalam bentuk material, tetapi juga menyumbang kepada pembinaan kualiti sosial masyarakat.
“Kita harap usaha ini dapat diteruskan tetapi ke tahap yang lebih mendalam. Contohnya, mungkin mewujudkan seperti latihan dalam pekerjaan, memberi pendedahan kepada anak-anak tahfiz misalnya, tentang dunia pekerjaan.
“Jadi, dengan COURTS, kita harap kita dapat bina jiwa.”
Enam belas cawangan COURTS di seluruh negara terlibat dalam usaha ini melibatkan 1,500 pek bubur lambuk yang diagihkan kepada orang ramai termasuk petugas barisan hadapan di balai polis, balai bomba, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (ATM).
Dapatkan langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Israr Khalid
Mon Apr 01 2024

COURTS dan PPIM bersama Astro melihat kepada bentuk kerjasama yang lebih berimpak kepada masyarakat di masa akan datang. - Foto Astro AWANI

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.