KOTA KINABALU: Dua puluh tujuh bayi berusia di bawah setahun merupakan antara 2,404 kes positif baharu COVID-19 yang dikesan di Sabah pada Jumaat menjadikan jumlah kumulatif wabak itu meningkat kepada 155,006.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata daripada jumlah itu, seramai 183 orang adalah kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun manakala 455 berumur lingkungan enam hingga 17 tahun.
Beliau berkata saringan kontak rapat masih menjadi penyumbang utama jumlah keseluruhan kes semalam iaitu 57.9 peratus atau 1,393 diikuti saringan bergejala (755 kes), saringan kluster (65 kes), saringan bersasar (11 kes) dan selebihnya lain-lain saringan.
"Sebanyak 719 kes hari ini dalam kategori satu; kategori dua (1,546 kes); kategori tiga (14 kes); kategori empat (tujuh kes); kategori lima (11 kes) manakala selebihnya masih dalam siasatan," menurutnya dalam satu kenyataan.
Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata sebanyak 983 atau 40.9 peratus kes baharu direkodkan semalam adalah kes positif lewat didaftar antara dua hingga tiga hari, keputusan saringan didaftar lewat antara empat hingga lima hari (127 kes) dan 261 kes didaftar lewat melebihi lima hari selepas keputusan ujian diketahui.
Masidi juga berkata seramai 1,729 pesakit COVID-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital semalam menjadikan jumlah kumulatif 122,428 orang manakala 4,758 masih menerima rawatan.
Beliau berkata sebanyak 35 kematian dilaporkan semalam di 11 daerah iaitu Tawau (17 kes) diikuti Sandakan (lima), Kota Kinabalu (tiga), masing-masing dua kes di Kalabakan dan Beaufort manakala satu kes masing-masing di Kinabatangan, Semporna, Kota Marudu, Keningau, Penampang dan Papar.
Katanya sebanyak 41.5 peratus penduduk dewasa di Sabah telah melengkapkan pengambilan kedua-dua dos vaksin COVID-19 manakala 60.5 peratus telah memperoleh satu dos setakat semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 03 2021

Dua puluh tujuh bayi berusia di bawah setahun merupakan antara 2,404 kes positif baharu COVID-19 yang dikesan di Sabah pada Jumaat.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Dakwaan rasuah: Masidi Manjun tetap fokus jalankan tanggungjawab kepada rakyat
Masidi berkata beliau memilih untuk memberi fokus kepada tugasan dan tanggungjawabnya.

Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.

'Saya tidak tahu mengenai wang RM300,000 kononnya diserahkan kepada pegawai saya' - Masidi
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan tidak tahu menahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang didakwa diserahkan melalui pegawai khas beliau.

Tiada rancangan tutup operasi Sabah International Petroleum - Masidi
Kerajaan Sabah tidak merancang untuk menutup operasi Sabah International Petroleum (SIP) kerana ia kini bebas daripada hutang dan telah menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE).

DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Belanjawan 2023: Tingkatkan kecekapan pengurusan, kurangkan birokrasi - Masidi
Kerajaan Sabah menyarankan agar Kerajaan Pusat meningkatkan kecekapan pengurusan belanjawan yang diumumkan setiap tahun kepada negeri itu.

Hajiji pengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas rombakan Jemaah Menteri
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri pertama pada Rabu selepas rombakan kabinet minggu lalu.

Tiada cerita politik Sabah, hanya bincang Persidangan Khas DUN - Masidi
Tiada isu lain yang dibincangkan dalam perjumpaan hari ini tetapi berbincang mengenai penyelarasan perjalanan Persidangan Khas DUN.

Politik Sabah: GRS adalah parti politik maka Hajiji ada parti - Masidi Manjun
Kenyataan mengelirukan mengenai dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tidak berparti selepas meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan kenyataan tidak berasas.

Politik Sabah: Dakwaan Bung terhadap Hajiji tidak benar - Masidi
Masidi berkata, tiada merit kepada dakwaan Bung Moktar bahawa Hajiji tidak mempunyai locus standi untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.