Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 16 kematian baharu direkod, dua BID

41640475441_PKRCMAEPS.jpg
41640475441_PKRCMAEPS.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 16 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,644 orang, daripada 2.77 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, dua daripada 16 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 39,697 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 32,538 individu atau 81.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,546 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 3,369 kes dirawat di hospital dan 254 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 140 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 114 lagi memerlukan mesin ventilator.

Must Watch Video

Advertisement