Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 1,877 kes baharu, dua kematian direkod

61625627156_ujiansaringan.jpg
61625627156_ujiansaringan.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR: Dua kes kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,680, daripada 4.5 juta kes positif COVID-19 yang dikesan.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiada kes kematian berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, terdapat pertambahan 1,877 kes baharu direkodkan dengan kes aktif COVID-19 seluruh negara ketika ini adalah 23,208 kes.

Daripada jumlah itu, 22,204 individu atau 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 945 pula dirawat di hospital dengan  29 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).




Must Watch Video

Advertisement