Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 31 kematian baharu direkod, 10 BID

71643551647_swabsample.jpg
71643551647_swabsample.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 31 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,180 orang, daripada 3.06 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 10 daripada 31 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 182,965 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 170,635 individu atau 93.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,517 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 6,619 kes dirawat di hospital dan 194 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 74 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 120 lagi memerlukan mesin ventilator.




Must Watch Video

Advertisement