Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 3,381 kes baharu, 19 lagi kematian

81637314973_swabtest.jpg
81637314973_swabtest.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR: Negara melaporkan 3,381 kes baharu COVID-19 untuk tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Jumaat berkata jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini mencapai 2,780,080 kes.

Jumlah kes mengikut negeri dikongsi di portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) COVIDNOW.

Menurut perkongsian data COVIDNOW, setakat semalam kadar kematian merekodkan pertambahan sebanyak 19 kematian.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 31,628 kes.

Unit rawatan rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 254 pesakit dan daripada jumlah itu, 114 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 3,447 kes sekalig us angka kumulatif sembuh ialah 2,708,739.

Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan melibatkan pesakit kategori 1 dan 2, iaitu 3,344 kes atau 98.9 peratus.

Selebihnya merupakan pesakit kategori 3,4 dan 5 iaitu 37 kes, atau 1.1 peratus.

Sementara itu, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir ialah 465 kes dengan tiada pertambahan kes hari ini, manakala kes positif di pusat pemindahan sementara (PPS) pula kekal 15 kes.

Kluster COVID-19 di PPS pula ialah satu kluster, dengan tiada pertambahan kluster baharu hari ini.

Must Watch Video

Advertisement