Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 3,386 kes baharu, 25 lagi kematian

81640698976_DrNoorHishamAbdul.jpg
81640698976_DrNoorHishamAbdul.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR: Negara melaporkan 3,386 kes baharu COVID-19 pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif jangkitan dalam negara mencapai  2,761,472.

Jumlah kes mengikut negeri akan dikongsi di portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) COVIDNOW.

Menurut perkongsian data COVIDNOW, setakat semalam kadar kematian merekodkan pertambahan sebanyak 25 kematian.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 31,487, kes.

Unit rawatan rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 273 pesakit dan daripada jumlah itu, 159 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 3,547 kes sekali gus angka kumulatif sembuh ialah 2,688,925.

Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan melibatkan pesakit kategori 1 dan 2, iaitu 3,340 kes atau 98.6 peratus.

Selebihnya merupakan pesakit kategori 3,4 dan 5 iaitu 46 kes, atau 1.4 peratus.

Sementara itu, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir ialah 451 kes termasuk tujuh kes baharu hari ini, manakala kes positif di pusat pemindahan sementara (PPS) pula kekal 15 kes.

Kluster COVID-19 di PPS pula ialah satu kluster, dengan tiada pertambahan kluster baharu hari ini.

Must Watch Video

Advertisement