KUALA LUMPUR:Sebanyak 3,680 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara kini sebanyak 191,114 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu terdapat enam kes import yang dilaporkan menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan penularan kes tempatan.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 42,389 kes," kata beliau dalam kenyataan media pada Rabu.
Dalam temppoh 24 jam juga, Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan tujuh korban menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini ialah sebanyak 707 kes.
Mengulas mengenai penularan mengikut negeri pula, beliau berkata, Johor telah mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi iaiatu sebanyak 1,069 kes diikuti Selangor (822 kes) dan Kuala Lumpur (698 kes).
Setakat ini juga, kata Dr Noor Hisham, sebanyak 314 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 122 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, jumlah kes sembuh terus catat peningkatan sebanyak 1,858 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 151,018 kes.
COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Hilmi Malik
Wed Jan 27 2021

Negeri Johor, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjadi negeri tertinggi bagi pertambahan kes harian COVID-19 dengan angka 1,069 kes. - Gambar fail
Program perumahan mampu milik di Kelantan: 3,268 unit siap, 2 lagi projek menyusul
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu memberitahu Dewan Rakyat sehingga 31 Disember 2024, pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ataupun Program Residensi Rakyat (PRR) di Kelantan melibatkan lapan buah projek telah diluluskan dengan 3,574 unit rumah.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Taklimat Harian PMO bukan pengganti jurucakap kerajaan MADANI - Tunku Nashrul
Taklimat Harian PMO sebaliknya, menjadi pelengkap dan memperkukuh struktur komunikasi kerajaan.
Taklimat Harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri bukan pengganti kepada sidang media jurucakap Kerajaan Perpaduan oleh YB Fahmi Fadzil. #AWANInews

Kerajaan komited teruskan agenda reformasi institusi - PM Anwar
Kerajaan komited untuk meneruskan agenda reformasi institusi dengan melaksanakan perubahan, bagi menjamin ketelusan dan kecekapan, kata Perdana Menteri.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4595/4650 berbanding dolar AS daripada 4.4600/4650 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Johor ambil tindakan batal lesen jika sewa tapak pada warga asing - Exco
Kerajaan Johor tidak mengeluarkan lesen bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada warga asing, jika ada 'sewa atas sewa' (kepada warga asing), lesen itu akan dibatalkan segera.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.
Lebih 2,100 pelajar OKU terima SKM sejak 2020 - Abdul Rahman
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad memberitahu Parlimen Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah memberi Pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada OKU mulai tahun 2020 sehingga 2024, seramai 1,724 pelatih OKU telah mendaftar dan lebih 2,100 pelatih telah berjaya dipersijilkan.
"KESUMA melalui Jabatan Tenaga Manusia telah melatih pelajar-pelajar golongan OKU dan menyediakan bantuan elaun sebanyak RM300 sebulan serta pengecualian yuran pengajian," kata Abdul Rahman.
Jelasnya sejak tahun 2020 sehingga 2024, sejumlah 245 orang pelajar OKU pelbagai kategori telah dilatih di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dalam bidang seperti teknologi reka bentuk grafik dan teknologi elektronik.
"KESUMA melalui Jabatan Tenaga Manusia telah melatih pelajar-pelajar golongan OKU dan menyediakan bantuan elaun sebanyak RM300 sebulan serta pengecualian yuran pengajian," kata Abdul Rahman.
Jelasnya sejak tahun 2020 sehingga 2024, sejumlah 245 orang pelajar OKU pelbagai kategori telah dilatih di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dalam bidang seperti teknologi reka bentuk grafik dan teknologi elektronik.
#AWANIRingkas 3 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 3 Mac 2025
1️⃣ RUU Perkhidmatan Parlimen
2️⃣ Akses untuk OKU dibangkitkan di Parlimen
3️⃣ Pelan pembinaan semula Gaza
#awaniringkas
1️⃣ RUU Perkhidmatan Parlimen
2️⃣ Akses untuk OKU dibangkitkan di Parlimen
3️⃣ Pelan pembinaan semula Gaza
#awaniringkas

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.