LABUAN: Sejumlah 511 individu yang merupakan kontak rapat kes positif COVID-19 daripada Kluster Layang-Layangan telah menjalani ujian saringan, kata Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 45 diuji positif termasuk pelajar sekolah, penduduk komuniti tempatan, seorang penjaga kuil Hindu, rakan serta saudara-mara mereka.
"Jangkitan (daripada kluster itu) turut dikesan di Semenanjung dengan dua kes di Kuala Lumpur, dua di Selangor dan satu di Kedah," katanya kepada Bernama hari ini.
Dr Ismuni berkata peningkatan dalam kes daripada kluster itu telah menjadikan Labuan sebagai zon merah bagi COVID-19 selepas merekodkan lebih 40 kes dalam tempoh 14 hari.
Katanya beberapa kumpulan tertentu telah memilih untuk tidak mengendahkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dan mengadakan perhimpunan keluarga di kawasan pantai serta meraikan sambutan ulang tahun di medan selera.
Kluster Layang-Layangan, yang muncul pada 5 Mei, adalah berpunca daripada tujuh rakyat India dan lima rakyat Malaysia yang tiba ke pulau bebas cukai itu dari Semenanjung melalui Lapangan Terbang Labuan pada awal bulan ini.
Beliau berkata tindakan menyembunyikan maklumat oleh sesetengah pesakit yang positif COVID-19 atau kontak rapat telah menyebabkan berlakunya peningkatan kes.
"Kami telah menggandakan usaha untuk mengesan kontak rapat pesakit yang positif sehingga generasi kelima dan menghubungi klinik swasta bagi membendung penularan.
"Memandangkan Kluster Layang-Layangan telah menular ke sekolah, kuil dan komuniti tempatan, adalah mustahak bagi semua orang untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan. (Tolong) elakkan berada khalayak yang ramai dan kawasan sesak sepanjang penularan virus ini," katanya.
Setakat hari ini, jumlah kumulatif jangkitan di Labuan ialah 2,517 dengan satu kluster aktif iaitu Kluster Layang-Layangan dan 14 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 17 2021

Petugas kesihatan menguruskan sampel ujian calitan ketika tinjauan di Klinik Kesihatan Membedai di Labuan. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

COVID-19: 511 kontak rapat Kluster Layang-Layangan jalani ujian saringan
Sejumlah 511 individu yang merupakan kontak rapat kes positif COVID-19 daripada Kluster Layang-Layangan telah menjalani ujian saringan, kata Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.

COVID-19: Kluster Layang-Layangan di Labuan menjangkit hingga generasi kelima
Kluster Layang-Layangan COVID-19 telah merebak hingga ke generasi kelima kes, menukarkan pulau bebas cukai ini kepada Zon Merah hari ini, kata Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.