KUALA LUMPUR: Sejumlah 73 kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini dengan mangsa termuda adalah remaja berusia 13 tahun.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan, remaja perempuan itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
"Mangsa mempunyai penyakit buah pinggang kronik dan Systemic Lupus Erythematosus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Dr Noor Hisham memaklumkan enam daripada 73 kes kematian akibat COVID-19 hari ini membabitkan mayat dibawa ke hospital atau brought in dead (BID).
Sebanyak 73 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 29 kes di Selangor, Johor (11), Negeri Sembilan (lapan) selain masing-masing empat kes di Kedah, Kuala Lumpur, Labuan dan Pulau Pinang.
Selain itu, tiga kes di Pahang, Kelantan (dua) serta masing-masing satu kes di Melaka, Sabah, Terengganu, dan Perak.
Katanya, daripada jumlah itu, 44 mangsa adalah lelaki manakala 29 lagi perempuan.
Beliau berkata, sejumlah 51 kematian melibatkan mangsa 60 tahun ke atas, 22 (30 hingga 59 tahun) manakala dua (usia bawah 30 tahun).
Katanya, 68 kes kematian melibatkan mangsa yang mempunyai komorbiditi dan lima lagi mangsa tiada sejarah penyakit lain.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jun 10 2021

Enam daripada 73 kes kematian akibat COVID-19 hari ini membabitkan mayat dibawa ke hospital atau brought in dead (BID). - Gambar fail / Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Sidang DUN: Selangor catat purata enam kematian seminggu akibat COVID-19
Selangor mencatatkan purata enam kes kematian seminggu akibat wabak COVID-19 sejak awal tahun ini hingga 19 Nov lepas.

Vaksin COVID-19: 535 kes kematian dilapor, semua tiada kaitan dengan vaksin - KKM
535 laporan yang merekodkan kes-kes kematian dalam kalangan penerima vaksin COVID-19, namun tiada kes kematian yang dapat dikaitkan secara langsung dengan vaksin COVID-19 yang telah diberikan.

COVID-19: 134 kematian dilaporkan, lebih separuh di Lembah Klang
39 kes kematian hari ini dilaporkan di Selangor dan 32 kes lagi di Kuala Lumpur.

COVID-19: Jangkitan harian kembali melonjak kepada 13,034 kes
Selangor kekal menjadi negeri yang merekodkan jangkitan tertinggi iaitu 6,049 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,611), Johor (791) dan Negeri Sembilan (711).

COVID-19: 77 kematian baharu, 13 merupakan kes BID
Analisa CPRC Kebangsaan juga mendapati terdapat kenaikan tren kes-kes kematian BID iaitu sebanyak tujuh kali ganda dari bulan April (35 kes) sehingga Jun 2021 (246 kes).

COVID-19: 73 kematian direkodkan, mangsa termuda 13 tahun
Enam daripada 73 kes kematian akibat COVID-19 hari ini membabitkan mayat dibawa ke hospital atau brought in dead (BID).

COVID-19: Kes positif global kini 123.5 juta, angka korban 2.72 juta
Setakat ini, 123,531,524 kes positif COVID-19 direkodkan dan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 29.86 juta kes.

COVID-19: 3,631 kes baharu, 14 lagi kematian dilaporkan
Malaysia mencatatkan empat belas lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini.