KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah enam kluster baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Tiga daripada kluster tersebut dikesan di Johor dan tiga lagi kluster masing-masing di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.
Tiga kluster di Johor itu adalah Kluster Senai Cyber di Kulai, Kluster Tembok Nanas di Pontian dan Kluster Jalan Sembrong di Kluang.
Kluster Jalan Permata pula dikesan di daerah Seremban, Negeri Sembilan.
Manakala Kluster Taman Juta di daerah Hilir Perak, Perak dan Kluster Kampung Lebu di di Bentong dan Kuantan Pahang.
Berikut merupakan perincian kluster tersebut:
KLUSTER SENAI CYBER
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-140377) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Saringan bersasar yang dijalankan di beberapa buah kilang seterusnya mendapati seramai 113 lagi individu dikesan positif COVID-19.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti beberapa buah kilang di mana penularan berlaku iaitu di Jalan Cyber 2, Senai Industrial Estate 3, Senai, Johor. Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 198 individu telah disaring, di mana 114 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER TEMBOK NANAS
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135241) merupakan seorang tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Januari 2021 hasil saringan sebelum dihantar pulang ke negara asal.
Saringan bersasar yang dijalankan seterusnya mendapati seramai 40 lagi PATI dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada tempat di mana penularan berlaku iaitu di Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas yang terletak di Taman Emas, Pekan Nanas, Johor. Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 252 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN SEMBRONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-116746) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Saringan yang dijalankan di tempat kerja kes indeks seterusnya mendapati seramai 17 lagi individu dikesan positif COVID-19.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama tempat tinggal kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Sembrong 3, Taman Perindustrian Sembrong, Kluang, Johor. Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN PERMATA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster (iaitu kes ke-127012) ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Saringan yang dijalankan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 60 lagi individu dikesan positif COVID-19.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kebanyakan kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Permata 1/3, Arab Malaysian Industrial Park, Nilai. Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 414 individu telah disaring, di mana 61 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER TAMAN JUTA
Kluster ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-133242) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Taman Juta Intan, Perak. Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER KAMPUNG LEBU
Kluster berkaitan kenduri perkahwinan dan tahlil ini melibatkan daerah Bentong dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-122732) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Saringan yang telah dijalankan ke atas kontak rapat terutama ahli keluarga dan tetamu majlis seterusnya mendapati seramai 20 lagi individu dikesan positif COVID-19.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis tersebut berlangsung iaitu di Kampung Lebu, Bentong. Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
BACA: COVID-19: 4,029 jangkitan, kes harian paling tinggi!
Ketahui segalanya tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) DI SINI.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Jan 16 2021

Tiga daripada kluster tersebut dikesan di Johor dan tiga lagi kluster masing-masing di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang. - Gambar fail

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Kanada akan mengenakan tarif timbal balas sebanyak 25 peratus ke atas import tambahan bernilai US$29.8 bilion dari Amerika Syarikat (AS),

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.

COVID-19: Sabah isytihar tiga kluster institusi pendidikan, kes harian naik kepada 342
Kluster-kluster berkenaan dilaporkan di Tuaran, Keningau dan Lahad Datu

73 warga SMK Sandakan positif COVID-19, cetus kluster baharu di Sabah
Sabah merekodkan satu kluster baharu melibatkan kluster institusi pendidikan di Sandakan iaitu Kluster Jalan Pertukangan, kata Datuk Seri Masidi Manjun.

28 kluster baharu dikesan, 17 daripadanya kluster tempat kerja - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 28 kluster baharu COVID-19 di negara ini pada Sabtu.

42 lagi kluster baharu dikesan, 23 libatkan kluster Tempat Kerja
Sebanyak 42 lagi kluster baharu dikesan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini adalah 1,979.

COVID: 836 kes positif baharu di Sarawak daripada Kategori 1 dan 2
Sarawak merekodkan 836 kes positif baharu COVID-19 pada Selasa, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

COVID-19: Kluster pusat tahanan antara 24 kluster baharu yang dilaporkan
Sebanyak 24 kluster baharu dikenal pasti antaranya terdiri daripada kluster tempat kerja, pusat tahanan, dan komuniti.

Vaksin COVID-19: Majikan di Sarawak perlu serah senarai nama pekerja kepada pejabat residen
Senarai nama pekerja perlu diserah kepada pejabat residen bahagian berdekatan sebelum 12 April 2021 untuk tujuan vaksinasi.

Spa, refleksologi, pusat urutan kaki dan pusat karaoke dibenar beroperasi di Sarawak
JPBN Sarawak juga turut melaporkan penambahan satu kluster baharu dikenali Kluster Chupak di Siburan.

COVID-19: Tiga kluster baharu, lima lagi ditamat
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kluster aktif ketika ini sebanyak 424 kluster.

PKPB Sarawak dilanjut ke 29 Mac ini
Tarikh PKP Bersyarat negeri itu sepatutnya tamat pada 16 Mac 2021 bagaimanapun dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi.