KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu mendedahkan satu kes melibatkan varian Delta yang dikesan di bahagian itu adalah melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia.
Penyelaras JPBB Sibu, Dr Annuar Rapaee berkata, kes tiba ke Sarawak pada 5 Julai lalu dan dirujuk ke Hospital Sibu pada 7 Julai selepas mempunyai simptom.
"Saringan awal menunjukkan kes dijangkiti varian Delta COVID-19 dan sample dihantar ke Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS pada 12 Julai untuk pengesanan serta pengesahan," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.
BACA: 76 lagi kes baharu varian Delta dikesan di Sarawak
Jelas Dr Annuar lagi, seorang lagi PATI yang merupakan kontak rapat didapati negatif virus itu.
Bagaimanapun katanya, individu terbabit dirujuk dan perlu menjalani kuarantin ke pusat kuatantin selama 21 hari selain menyerahkan kes itu kepada pihak polis.
Sehubungan itu, Dr Annuar menggesa penduduk Sibu agar sentiasa berwaspada dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
Azizah Alwi
Wed Jul 21 2021


Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

COVID-19: Satu kes varian Delta dikesan di Sibu libatkan PATI dari Indonesia
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu mendedahkan satu kes melibatkan varian Delta yang dikesan di bahagian itu adalah melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia.

Belum ada bukti varian Delta sudah menular di Sibu - Dr Annuar Rapaee
Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu, Dr Annuar Rapaee menjelaskan belum ada bukti dan pengesahan untuk mengatakan varian Delta sudah menular di Sibu.

COVID-19: Lebih 150 guru di Sibu dilaporkan enggan terima vaksin - Dr Annuar Rapaee
Warga pendidik di Sibu yang telah menerima vaksin diminta memainkan peranan menasihatkan guru-guru lain di daerah itu yang belum menerima vaksin untuk segera berbuat demikian.

100 penduduk pangsapuri Sibu Jaya jalani saringan, dibawa ke pusat kuarantin
Kira-kira 100 penduduk daripada dua flat di pangsapuri Sibu Jaya diarah berpindah dan menjalani ujian saringan COVID-19 susulan peningkatan kes di kawasan itu pada Isnin.

COVID-19: JPBB Sibu perinci langkah bendung penularan jangkitan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu akan memperincikan langkah terbaik bagi mengawal penularan COVID-19 di Rumah Panjang Berendam, Durin, Sibu.

PKPD di tujuh blok rumah pangsa, perumahan Town Villa di Sibu Jaya dilanjutkan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh blok rumah pangsa dan perumahan Town Villa di Sibu Jaya.

PKPD dikuatkuasakan di Skim Penempatan Semula Sentosa Fasa 2, Sibu
JPBB Sibu memutuskan pelaksanaan PKPD di Skim Penempatan Semula Sentosa Fasa 2, di Sibu.