KUALA LUMPUR: Langkah pencegahan awal yang komprehensif perlu dilakukan pihak berkuasa dalam memastikan kemungkinan ancaman gelombang keempat COVID-19 dapat ditangani sebaik mungkin.
Pakar Kesihatan Awam, Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkata, selain faktor pergerakan manusia, langkah pencegahan awal yang diambil ketika ini tidak memberi kesan yang begitu positif.
"Sebenarnya dari dahulu lagi, SOP (prosedur operasi standard) yang digunakan untuk mencegah penularan itu kadang-kadang menimbulkan pelbagai kekeliruan di kalangan ahli masyarakat kerana ia berubah dari semasa ke semasa.
"Walaupun dikatakan SOP, tapi kerap kali kita lihat tidak 'standard', tidak ada piawaian. Ini menyebabkan rakyat menjadi keliru ditambah dengan penguatkuasaan yang tidak sekata.
"Ini menyebabkan ahli masyarakat kadang-kadang tidak lagi menghormati SOP tersebut disebabkan oleh faktor-faktor ini," katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Negara mungkin berdepan gelombang keempat COVID-19 - Ismail Sabri
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkata, negara mungkin akan berdepan gelombang keempat penularan COVID-19 susulan peningkatan kes wabak berkenaan sejak akhir-akhir ini.
Ia berdasarkan kepada data yang dikumpul oleh Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini, yang menunjukkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-Naught pada 12 April lalu untuk seluruh negara kembali meningkat kepada 1.07.
Melihat kepada pelaksanaan fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Dr Syed Mohamed Aljunid berkata, ia perlu berjalan dengan pantas seiring dengan fasa ketiga.
"Langkah ini harus dipercepatkan lagi. Kalau kita mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi, harus kita mempercepatkan fasa yang ketiga yang melibatkan mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
"Mereka ini bukan warga tua, tetapi mereka yang terlibat dengan aktiviti ekonomi, yang bergerak (mobile) juga harus diberikan perhatian dan diberikan peluang untuk diberikan vaksin secepat mungkin.
"Ini merupakan salah satu langkah yang perlu kita lakukan," kata beliau lagi.
Jelasnya, banyak faktor yang mempengaruhi peningkatan kes perlu diteliti dan ditangani dengan sempurna bagi mengelakkan tercetusnya gelombang keempat COVID-19.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Apr 13 2021

Walaupun dikatakan SOP, tapi kerap kali kita lihat tidak 'standard', tidak ada piawaian, menyebabkan rakyat menjadi keliru ditambah dengan penguatkuasaan yang tidak sekata. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Kertas Putih Kesihatan: Tanpa PICK, kes COVID-19 lebih 10 juta - KKM
Kerajaan Malaysia telah berjaya menguruskan pandemik COVID-19 menerusi pendekatan multi strategi.

KKM hargai penglibatan NGO bantu jayakan program vaksinasi
Inisiatif seperti program vaksinasi dari rumah ke rumah yang digerakkan NCSM membantu KKM menjayakan PICK.

'Kerajaan sementara' ini berjaya capai banyak perkara jangka masa panjang - Khairy
Kerajaan yang dianggap sebagai kerajaan sementara ketika ini dilihat berjaya mencapai banyak perkara jangka masa panjang.

Hanya 4 kes AEFI serius babit kanak-kanak di Perak
Bagi remaja pula, sebanyak 23 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama.

COVID-19: Kerajaan perlu pertimbang wajibkan dos ketiga
Langkah ini penting kerana jika tidak dilaksanakan ia boleh memberi masalah sistem kesihatan negara.

Vaksin COVID-19: 33.9 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sejumlah 1,733,437 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

PICKids: 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
Sejumlah 1,727,791 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.

Mahkamah Tinggi tolak saman pemula difailkan penuntut berhubung kesan vaksinasi
Hakim Datuk Amarjeet Singh, berkata Mahkamah Timbang Tara tiada bidang kuasa untuk mendaftarkan award semakan kehakiman.