Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 2 Februari dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba itu disiarkan dalam portal rasmi e-Warta Persekutuan hari ini.
Dokumen pewartaan tersebut yang bertajuk ‘Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021’ berkuatkuasa pada Selasa, 9 Februari hingga 1 Ogos ini.
Perintah itu menyebut, Dr Adham mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian seksyen 15 Akta.
BACA: PM Muhyiddin berlepas pulang selepas lawatan rasmi kurang 24 jam ke Indonesia
BACA: Hishammuddin bertemu rakan sejawat di Abu Dhabi


Syarat pengecualian akta dalam perintah tersebut juga menyebut menteri Kabinet yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara hendaklah menjalani pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.
Untuk rekod, Seksyen 15 (1) akta tersebut memperuntukkan seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.