KUALA LUMPUR:Malaysia mencatatkan 5,298 kes positif baharu COVID-19 baru setakat 12 tengah hari Ahad dan ini merupakan hari ketiga kes melebihi 5,000 dicatatkan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dengan jumlah tersebut, ia menjadikan jumlah kumulatif kes baharu positif COVID-19 adalah sebanyak 214,959 kes dengan Selangor dan Johor mencatatakan kes tertinggi melebihi 1,000 kes.
Beliau juga memaklumkan, Selangor mencatatkan 2,460 kes baharu manakala Johor pula merekodkan 1,020 kes baharu.
"Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 2,460 kes (46.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,907 kes (77.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
"Ini diikuti oleh Johor sebanyak 1,020 kes (19.3 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 783 kes (14.8 peratus)," katanya dalam kenyataan harian COVID-19 pada Ahad.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 14 kematian baharu direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 760 kes.
"Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 12 kes di Selangor, serta masing-masing satu kes di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Semua kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara," katanya lagi.
Jumlah kes sembuh sepenuhnya pula adalah sebanyak 4,522 kes dan menjadikan jumlah kes sembuh ialah sebanyak 166,049 kes.
Jumlah kes aktif pula sebanyak 48,150 kes dan 313 kes menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta 127 menerima bantuan alat pernafasan.
Sebanyak 10 kluster baharu direkodkan pada Ahad hari ini dengan tujuh daripadanya merupakan kluster di tempat kerja.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kluster adalah sebanyak 817.
Kluster-kluster tersebut ialah Kluster Jalan Rami Tiga, Kluster Jalan Mega, Kluster Sri Plentong, Kluster Jalan Ithnin di Johor; Kluster Jalan Kewajipan, Kluster Persiaran Sabak di Selangor; Kluster Tapak Bina Raja Chulan di Kuala Lumpur; Kluster Jalan Masjid Tanah di Melaka; Kluster Bercham Raya dan Kluster Jalan Tronoh di Perak.
Irwan Muhammad Zain
Sun Jan 31 2021

Malaysia sekali mencatat jumlah kes positif COVID-19 untuk hari ketiga selepas merekodkan pertambahan kes harian sebanyak 5,298 kes.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

170 kes kolera direkod di Angola
Dalam tempoh 24 jam lepas, tiga kematian akibat kolera dan 51 kes baharu telah dilaporkan.

Polis kesan tujuh kes guna dron edar dadah masuk penjara
Penggunaan dron untuk tujuan mengedar dadah di dalam penjara dikesan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Varian COVID-19 JN.1 kini menular di AS
Varian baharu COVID-19 JN.1 kini merebak dengan pantas di AS sekali gus menjadi penyumbang kepada kes baharu di negara terbabit.

Vietnam rekod 13 kes cacar monyet
Bandar Ho Chi Minh di selatan Vietnam melaporkan empat lagi kes cacar monyet, menjadikan jumlah jangkitan di bandar itu kepada 13 setakat Isnin, lapor media tempatan.

COVID-19: 223 kes baharu, tiada kematian dicatat
9,380 kes aktif dilaporkan pada Sabtu dan daripada jumlah itu, 9,077 kes atau 96.8 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

COVID-19: 251 kes baharu, tiada kematian dicatat
9,350 aktif dilaporkan pada Jumaat dan daripada jumlah itu, 9,012 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

COVID-19: 279 kes baharu, tiada kematian dicatat
Sejumlah 9,296 kes aktif dilaporkan pada Khamis dan daripada jumlah itu, 8,964 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

COVID-19: 235 kes baharu, satu kematian dicatat
Sejumlah 9,253 kes aktif dilaporkan pada Rabu dan daripada jumlah itu, 8,916 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

COVID-19: 170 kes baharu, tiada kematian dicatat
Kes aktif adalah sebanyak 9,239 kes di mana 8,934 kes atau 96.7 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

COVID-19: 244 kes baharu, lima kematian dicatat
Kes aktif yang dilaporkan pada Khamis meningkat sedikit kepada 9,256 dengan 8,896 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.