KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu akan menjalankan pemantauan di kawasan hutan yang berisiko kebakaran berikutan cuaca panas yang melanda negara kini.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Mohd Mazimi Mohamad berkata ia ekoran berlakunya kebakaran hutan seluas lima hektar di kawasan Merang dekat Setiu yang telah berjaya dipadam awal pagi tadi.
"Walaupun kita telah berjaya memadamkan api di kawasan hutan tersebut tetapi kita akan tetap pantau kerana cuaca panas sangat sekarang. Begitu juga dengan kawasan-kawasan hutan lain yang sering berlaku kebakaran apabila musim panas," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Mazimi berkata operasi memadam kebakaran hutan yang bermula pada 7 malam semalam itu berakhir kira-kira 2.30 pagi tadi, melibatkan seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Kuala Nerus, Jalan Kota, Wakaf Tapai dan Besut.
Katanya setakat ini punca kebakaran masih belum dikenal pasti namun pihaknya tidak menolak cuaca terlalu panas merupakan faktor kejadian berlaku, selain berpunca daripada perbuatan individu.
"Tetapi kawasan hutan di sekitar Merang itu boleh dikatakan setiap tahun akan berlaku kebakaran sekiranya cuaca panas sebab ia kawasan lalang yang mudah terbakar," katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu hantaran di Facebook semalam menyatakan tujuh kawasan di Semenanjung dan dua di Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-jaga) sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut dengan suhu maksimum boleh mencecah antara 35 dan 37 darjah Celcius.
Menurut jabatan itu di Semenanjung, kawasan yang terlibat termasuk Kuala Terengganu; Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas dan Tanah Merah di Kelantan; Rompin di Pahang dan Jempol di Negeri Sembilan manakala di Sabah kawasan terlibat adalah di Beaufort dan Nabawan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2023

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu akan menjalankan pemantauan di kawasan hutan yang berisiko kebakaran berikutan cuaca panas yang melanda negara kini. - Gambar hiasan

Zelenskyy kesal ‘bertelingkah’ dengan Trump di White House
Zelenskyy hargai usaha Washington selama ini bantu Ukraine dan kini sedia tandatangan perjanjian mineral yang dicadangkan oleh AS.

Kuching City tambah derita Sri Pahang
Pasukan pelawat turun beraksi dengan mendahului 1-0 hasil jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-14.

Tiada tarif bagi syarikat asing jika pindah ke AS - Trump
Presiden Trump berkata, syarikat asing yang memindahkan operasi pengeluaran mereka ke AS akan dikecualikan daripada tarif.

Sidang Kemuncak Arab: Ketua PBB tekankan keperluan rangka kerja politik jelas untuk pembinaan semula Gaza
Pemulihan, pembinaan semula dan kestabilan Gaza perlu berlandaskan prinsip undang-undang antarabangsa, tegas Guterres.

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW).

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

PBT dicadang papar nombor kecemasan di bazar Ramadan - Dr Dzulkefly
PBT dan pengurusan bazar diingatkan supaya memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses segera jika berlaku kejadian tidak diingini.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu, Cuaca Kering diadakan 5 Mac ini
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering yang turut disertai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 5 Mac ini.

Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.

China catat tahun paling panas pada 2024
Bacaan purata kebangsaan pada 2024 adalah 10.9 darjah Celsius, 1.01 darjah Celsius melebihi purata tahunan.

Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu, Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.

Cuaca panas di semenanjung tempias Taufan Trami
Fredolin berkata, Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian yang menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.

Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari
Larut, Matang dan Kuala Kangsar (Perak), Gombak dan Petaling (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang merupakan kawasan yang terlibat.

Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.

Hospital Putrajaya buat persiapan rapi, siap sedia bantuan perubatan
Pasukan perubatan dengan kekuatan 250 petugas disediakan, dengan petugasnya termasuk daripada beberapa hospital di Lembah Klang.