KOTA KINABALU: Cuaca panas dan kemarau akibat fenomena El-Nino yang melanda negara ini, telah memberi kesan yang serius terhadap sektor pertanian Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Beliau yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri itu berkata, kadar hujan yang amat rendah pada Januari dan Februari lepas sekitar 80 milimeter, telah memberi kesan kepada tanaman dan pengurusan tanah untuk pertanian, menyebabkan hasil pertanian berkurangan.
Beliau menerusi kenyataan malam Rabu berkata, cuaca panas juga telah menyebabkan air dalam tanah tersejat dengan lebih cepat menyebabkan tanah menjadi kering, kelembapan rendah, dan sukar untuk ditembusi akar tanaman.
"Cuaca panas dan kemarau berpanjangan memberikan cabaran besar untuk pengeluaran makanan bagi keterjaminan makanan di Sabah. Kekurangan hujan dan paras air di saliran berkurangan 10 hingga 40 peratus memberi kesan kepada pertanian, penternakan, akuakultur, dan pengeluaran getah," katanya.
Jeffrey berkata, terdapat beberapa sungai di lima daerah di Sabah iaitu Kota Belud, Keningau, Membakut, Tambunan dan Kota Marudu, berdepan dengan penurunan paras air yang agak kritikal, antaranya Sungai Padas di Beaufort pada paras 2.58 meter berbanding paras normal 4.5 meter, sebelum ini.
Beliau berkata, beberapa langkah telah diambil bagi mendepani situasi itu, antaranya menangguhkan aktiviti pertanian tertentu dan penggunaan jenis tanaman yang memerlukan kurang air atau boleh bertahan ketika musim kemarau.
"Pengusaha juga dinasihatkan tidak menyimpan stok dalam jumlah besar, selain mengambil langkah mengurangkan kerugian. Catuan air dan penggunaan pam air mudah alih juga telah digerakkan bagi memastikan bekalan air mencukupi," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024

Jeffrey berkata, cuaca panas juga telah menyebabkan air dalam tanah tersejat dengan lebih cepat menyebabkan tanah menjadi kering, kelembapan rendah, dan sukar untuk ditembusi akar tanaman. - Gambar fail/Bernama
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.

Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia
Ukraine enggan orang lain buat keputusan di belakang mereka, tiada keputusan boleh dibuat tanpa Ukraine mengenai bagaimana untuk menamatkan perang di Ukraine.
Israel berdegil enggan undur tentera dari selatan Lubnan
Tentera Israel masih mengekalkan pasukannya di lima pos tentera di selatan Lubnan, walaupun melepasi tarikh akhir pengunduran yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata pada Selasa.
Mesir anjur sidang kemuncak tergempar arab pada 4 Mac
Mesir pada selasa mengesahkan akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak tergempar arab pada 4 Mac bagi membincangkan pelan pemulihan semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Anwar tiba Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.

Israel berdegil, enggan undur tentera dari selatan Lubnan
IDF akan kekal di pos tersebut untuk memastikan tiada ancaman kepada penduduk Israel.

Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza
Israel dijangka menerima mayat empat tebusan dari Gaza dan sedang berusaha membawa pulang enam lagi tebusan yang masih hidup Sabtu ini.

JDT calar ego Pohang Steelers, layak bergaya ke pusingan 16 ACL Elite
JDT menamatkan saingan kumpulan Zon Timur pada kedudukan keempat dengan mengumpul 14 mata, selepas merakam empat kemenangan, dua seri dan tewas dua kali.

Isu cukai perlu dikemukakan kepada SCIT terlebih dahulu - Tengku Maimun
Isu berkaitan cukai perlu dikemukakan terlebih dahulu kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dan bukan melalui semakan kehakiman di mahkamah, kata Ketua Hakim Negara.

Kubur 100 tahun dalam Tasik Pedu 'muncul kembali'
Penyusutan paras air di Tasik Pedu menyebabkan tanah perkuburan lama Kampung Mong Gajah yang dipercayai berusia 100 tahun di dasar tasik berkenaan jelas kelihatan sejak awal bulan ini.

Kebakaran hutan musnahkan Taman Negara Bromo Tengger Semeru Indonesia
Kebakaran hutan telah memusnahkan sekurang-kurangnya 50 hektar tanah di Taman Negara Bromo Tengger Semeru di Jawa Timur sejak 18 Jun lalu, menurut Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB).

Sungai Golok mula kering, polis Kelantan perketat kawalan sempadan
Polis Kelantan terus memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sepanjang musim kemarau dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan susulan air Sungai Golok mulai kering.

Cuaca panas, kemarau beri kesan serius sektor pertanian Sabah - Jeffrey
Cuaca panas dan kemarau akibat fenomena El-Nino yang melanda negara ini, telah memberi kesan yang serius terhadap sektor pertanian Sabah.

Bekalan air di empangan Sabah cukup tiga bulan sekiranya kemarau berpanjangan
Timbalan Ketua Menteri III Sabah Datuk Shahelmey Yahya menjelaskan bekalan air sedia ada di empangan negeri mencukupi sehingga tempoh tiga bulan sekiranya berlaku musim kemarau berpanjangan.

10 lokasi titik panas kebakaran di Terengganu
Sebanyak 10 lokasi di empat daerah negeri ini dikenal pasti berisiko mengalami kebakaran hutan ketika kemarau dan cuaca panas.

Bomba pantau lebih 400 titik panas kebakaran di seluruh negara
JBPM akan memberi tumpuan terhadap lebih 400 titik panas atau hotspot kebakaran di seluruh negara, susulan musim kemarau yang dijangka berlaku bermula bulan depan.

Lebih 50,000 keluarga terjejas akibat musim kemarau landa Sri Lanka
Lebih 50,000 keluarga di lapan wilayah di Sri Lanka terjejas akibat musim kemarau yang melanda negara, menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC) menerusi laporan situasi terkini pada Khamis.

Kemarau berpanjangan: Penghantaran di Terusan Panama dihadkan
Terusan Panama mengehadkan jumlah laluan kapal berikutan paras air yang semakin surut akibat kemarau berpanjangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sarawak aktifkan pangkalan hadapan hadapi musim kemarau
Sebelum ini, pangkalan hadapan di Sarawak hanya melibatkan bantuan bekalan makanan kering sewaktu musim banjir.