Cubaan seorang lelaki warga tempatan membawa sembilan pendatang haram warga Thailand ke Kuala Lumpur menggunakan kenderaan mewah (MPV) gagal apabila ditahan sepasukan anggota Batalion Ke-9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) di Kampung Bagus dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, pukul 6.00 pagi tadi.
Pegawai Pemerintah PGA9, Supt Nor Azizan Yusof berkata tangkapan dilakukan selepas pasukan Strike Force PGA9 yang menjalankan rondaan di kawasan Jalan Lubok Gong berdekatan pangkalan haram Adam, Rantau Panjang melihat sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
"Pasukan PGA9 cuba menahan kenderaan itu namun pemandu terus memecut laju sebelum berhenti di bahu jalan Kampung Bagus, Rantau Panjang selepas dikejar anggota Strike Force," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Beliau berkata anggota PGA9 yang melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan berkenaan mendapati pemandu adalah seorang lelaki tempatan berusia 30-an, manakala sembilan lelaki disyaki warga asing berada di tempat duduk penumpang.
"Pemandu MPV itu memaklumkan sembilan lelaki berkenaan telah memasuki negara ini melalui pangkalan haram Bilal Dollah dan akan dihantar ke Selayang, Kuala Lumpur," katanya.
Nor Azizan berkata siasatan lanjut mendapati lelaki yang bertindak sebagai 'tekong darat' itu menerima upah RM350 'satu kepala' bagi menghantar sembilan pendatang haram itu ke destinasi yang ditetapkan.
"Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 26(J) ATIPSOM 2012 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63," kata Nor Azizan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 10 2020

Cubaan seorang lelaki warga tempatan membawa sembilan pendatang haram warga Thailand ke Kuala Lumpur menggunakan kenderaan mewah gagal apabila ditahan sepasukan anggota PGA9. -Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Cubaan lelaki bawa pendatang haram warga Thailand ke KL gagal
Cubaan seorang lelaki warga tempatan membawa sembilan pendatang haram warga Thailand ke Kuala Lumpur menggunakan kenderaan mewah gagal apabila ditahan sepasukan anggota PGA9.