KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kenaikan pencen pesara kerajaan sebanyak dua peratus setiap tahun dikekalkan sehingga kerajaan melaksanakan pelarasan gaji baharu penjawat awam.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia mungkin boleh dikekalkan melalui bentuk pemberian lain seperti insentif sara hidup berbanding dihentikan serta-merta.
"Tidak wajar setiap kemudahan yang dinikmati oleh pesara ditarik semula tanpa digantikan dengan suatu kemudahan yang lebih baik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, CUEPACS menghormati keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan undang-undang pencen yang dipinda sebagai terbatal dan tidak sah.
"CUEPACS berpandangan kenaikan pencen pesara kerajaan sebanyak dua peratus secara tahunan telah terbatal dengan sendirinya disebabkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan," katanya.
Dalam hal ini, Adnan berkata CUEPACS memohon kerajaan agar tidak menuntut atau mengambil semula pembayaran kenaikan dua peratus itu yang telah dibuat sejak 2013 kerana telah dinikmati oleh pesara dan jumlah itu tidaklah terlalu besar untuk mereka yang kebanyakannya tergolong dalam kumpulan M40 dan B40.
Justeru, katanya CUEPACS berharap kerajaan menyegerakan pelarasan gaji penjawat awam yang secara tidak langsung akan turut memberi manfaat kepada pesara kerajaan ketika ini, memandangkan semakan terhadap gaji sektor awam telah lama tidak dilakukan.
"Berdasarkan keputusan oleh Mahkamah Persekutuan, ini akan menyebabkan pesara kerajaan tidak akan menerima manfaat selagi mana semakan gaji sektor awam tidak dilakukan. Kerajaan perlu serius dalam hal ini bagi memastikan kebajikan warga penjawat awam dan pesara kerajaan tidak diabaikan," katanya.
Pada 27 Jun lepas, Mahkamah Persekutuan membatalkan pindaan kepada undang-undang pencen menjadikan pindaan kepada Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (PAA) itu tidak lagi terpakai kepada pesara kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2023
Adnan berkata ia mungkin boleh dikekalkan melalui bentuk pemberian lain seperti insentif sara hidup berbanding dihentikan serta-merta. - Gambar fail/Bernama
Lebih 800kg dadah bernilai RM118 juta dirampas - JSJN Bukit Aman
Polis membongkar kegiatan pemprosesan dadah disyaki didalangi sindiket antarabangsa menerusi beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang pada 16 Januari lalu.
Myanmar digesa henti tindas rakyat, patuhi konsensus lima perkara
ASEAN menggesa Myanmar henti menindas rakyatnya sendiri dan memastikan krisis kemanusiaan di negara itu diselesaikan segera.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan junta tentera negara itu juga berupaya melaksanakan konsensus lima perkara yang telah dipersetujui sebelum ini, jika ia benar-benar ikhlas.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan junta tentera negara itu juga berupaya melaksanakan konsensus lima perkara yang telah dipersetujui sebelum ini, jika ia benar-benar ikhlas.
Asia Tenggara paling terdedah, krisis iklim harus dibendung bersama
Malaysia menggesa platform ASEAN diguna pakai secara efektif oleh semua negara anggotanya untuk membendung krisis iklim.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana Asia Tenggara merupakan antara rantau yang paling terdedah jika krisis tersebut terus memburuk.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana Asia Tenggara merupakan antara rantau yang paling terdedah jika krisis tersebut terus memburuk.
Daerah Kuala Kangsar catat kes jenayah siber tertinggi - MCPF
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Perak memaklumkan daerah Kuala Kangsar mencatatkan jumlah jenayah siber paling tinggi di negeri ini berbanding daerah lain.
Gencatan senjata terunda hampir tiga jam gara-gara taktik Zionis
Gencatan senjata di Gaza tertunda hampir tiga jam selepas Israel bertegas akan memulakan proses itu jika Hamas mengeluarkan senarai nama tahanan.
AWANI Borneo [19/1/2025] – Hujan Berterusan | Tegas Menteri KPDN | Tenaga Hijau
Tumpuan AWANI Borneo 19 Jan 2025 bersama Assim Hassan
- Banjir di Paitan memburuk, dua lagi PPS dibuka
- Harga ayam : Jangan cakap sebarang, ada bukti laporkan kepada KPDN
- Grid kuasa Borneo pacu kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga ASEAN
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Banjir di Paitan memburuk, dua lagi PPS dibuka
- Harga ayam : Jangan cakap sebarang, ada bukti laporkan kepada KPDN
- Grid kuasa Borneo pacu kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga ASEAN
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Henti label Hamas pertubuhan pengganas dan penderhaka, yang jahat Israel - Prof Kamaruzzaman
Henti melabel kumpulan Hamas sebagai sebuah badan pengganas, radikal atau penderhaka.
Polis minta orang ramai henti tular video OKU dipukul
Polis meminta orang ramai supaya berhenti menularkan video yang memaparkan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Jumaat lepas.
ATF 2025: Malaysia dan Korea Selatan komited perkukuh kerjasama pelancongan
Malaysia dan Korea Selatan terus mengukuhkan lagi komitmen kedua-dua negara dalam mempererat hubungan dua hala melalui pelancongan.
CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.
Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.
Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.
Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.