KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi perhatian khusus kepada sektor-sektor yang terjejas akibat pandemik COVID-19 seperti pelancongan dan peruncitan dalam pelan merancakkan semula ekonomi negara, sebelum mempertimbangkan sebarang cukai baharu.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, sunguhpun kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengenakan cukai kepenggunaan namun diputuskan bahawa sekarang bukanlah waktu yang tepat untuk berbuat demikian.
"Buat masa ini, kita merasakan ini bukanlah waktu yang sesuai untuk mengenakan sebarang cukai baharu.
"Selepas ekonomi pulih, kita benar-benar perlu melihat semula untuk memperluaskan asas pendapatan," katanya dalam temuramah dengan Bloomberg di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Zafrul turut memaklumkan, Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan unjuran rasmi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) domestik dalam laporan tahunannya 31 Mac ini.
Buat masa ini, Tengku Zafrul berkata, kerajaan mengekalkan unjuran bahawa ekonomi akan berkembang 6.5 hingga 7.5 peratus tahun ini selepas menguncup 5.6 peratus tahun lalu.
Katanya, tumpuan kerajaan pada ketika ini adalah kepada pemulihan ekonomi dalam perancangan untuk merancakkan semula sektor ekonomi.
"Kami perlu menyeimbangkan antara suntikan fiskal jangka pendek kepada ekonomi dengan pengukuhan fiskal jangka sederhana ke panjang," katanya.
Semalam, Bank Dunia dalam unjuran serantau menjangkakan ekonomi Malaysia akan berkembang 6.0 peratus pada tahun ini iaitu lebih perlahan berbanding unjuran 6.7 peratus sebelumnya.
Ia selepas mengambil kira peningkatan kes jangkitan COVID-19 kebelakangan ini, ketidaktentuan politik dan pelaksanaan vaksinasi yang lebih perlahan daripada jangkaan di ekonomi maju.
Malaysia mengumumkan pakej bernilai RM20 bilion minggu lalu untuk membangkitkan semula ekonomi ketika kadar jangkitan COVID-19 mulai perlahan dan vaksin dimulakan.
Pelan itu termasuk suntikan fiskal langsung sebanyak RM11 bilion, yang dijelaskan Tengku Zafrul akan dibiayai melalui pinjaman domestik.
Astro Awani
Fri Mar 26 2021

Tengku Datuk Seri Zafrul berkata, kerajaan memutuskan untuk tidak mengenakan cukai baharu sekarang. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.

KDNK Malaysia bagi 2024 diunjur cecah 5.1 peratus, kekal positif - HLIB
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal positif pada paras 5.1 peratus bagi tahun ke tahun pada 2024, kata Hong Leong Investment Bank.

ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah
Peralihan tenaga merupakan cabaran global, dan ASEAN mempunyai keupayaan dan sumber untuk menanganinya secara kolektif, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Februari 2025.

Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF
Kerajaan sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan pihak industri bagi memuktamadkan skop dan kadar cukai yang terlibat.

SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses kepada maklumat mengenai pemunya benefisial syarikat bagi memperkukuhkan ketelusan dalam urusan korporat.

STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai esok - MOF
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan disalurkan mulai esok melibatkan peruntukan RM2.3 bilion.

Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.