PERNAHKAH anda mengalami situasi di mana anda terlupa menghidupkan cukai jalan dan insurans motosikal anda?
Mungkin disebabkan anda jarang menggunakan motosikal tersebut sehingga tidak perasan ia sudah ‘mati’ melebihi tempoh setahun?
Buat pengetahuan anda, sekiranya cukai jalan kenderaan sudah tamat melebihi tempoh setahun, anda tidak boleh sewenang-wenangnya memperbaharuinya seperti biasa.
Ini kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum memperbaharui cukai jalan kenderaan anda.
Yang perlu dilakukan ialah:
1) Hantar kenderaan ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)
Pertama sekali, hantar kenderaan anda ke PUSPAKOM bagi tujuan pemeriksaan. Sebab apa? Syarat untuk hidupkan cukai jalan yang melebihi tempoh setahun adalah anda wajib membuat pemeriksaan kenderaan itu di PUSPAKOM.
Bagi memudahkan urusan, anda perlu buat janji temu terlebih dahulu. Sebab apa? Untuk memudahkan urusan anda di PUSPAKOM dan mengelakkan diri anda daripada menunggu lama di cawangan yang anda pergi.
Ada dua cara untuk buat temu janji. Pertama, boleh hubungi cawangan PUSPAKOM berdekatan atau yang kedua, iaitu cara paling mudah.. adalah menerusi laman web PUSPAKOM.
Kenapa laman web paling mudah? Sebab kalau anda aturkan temu janji di laman web, anda boleh terus isi maklumat yang diperlukan pihak PUSPAKOM sebelum pemeriksaan itu dijalankan dan boleh bayar menerusi pembayaran dalam talian.
Jadi, tak perlulah isi perincian kenderaan di PUSPAKOM pada hari pemeriksaan sekali gus menjimatkan banyak masa..
Tapi awas...kalau nak booking dekat PUSPAKOM, kebiasaannya mesti dibuat dua hari sebelum waktu tarikh pemeriksaan sebab bukan anda sahaja yang beratur nak buat pemeriksaan. Ingat ya, dua hari sebelum pemeriksaan.
2) Persiapkan kenderaan anda untuk diperiksa
Selepas anda dah tempah slot yang sesuai, pastikan anda mempersiapkan kenderaan supaya mudah lulus.
Baiki bahagian mana yang rosak atau tidak berfungsi. Sebagai contoh lampu isyarat, lampu brek, cermin sisi, tayar, brek dan lain-lain.
Kalau boleh, dinasihatkan juga mencuci dahulu kenderaan anda supaya memudahkan pegawai PUSPAKOM untuk periksa. Takdalah debu-debu melekat semasa pegawai nak periksa nanti. Hehe!
Kebiasannya, pegawai PUSPAKOM akan periksa nombor badan kenderaan, nombor casis dan lain-lain bahagian kenderaan anda.
3) Dapatkan permit perjalanan sementara di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Menurut undang-undang jalan raya, anda akan dikira melanggar undang-undang sekiranya menunggang atau membawa kenderaan dengan cukai jalan yang mati?
Jadi bagaimana pula nak bawa kenderaan itu ke tempat pemeriksaan?
Mudah saja, dapatkan permit perjalanan sementara di pejabat JPJ berdekatan.
Ia merupakan ‘surat kebenaran’ untuk anda bawa kenderaan ke tempat pemeriksaan.
Kalau nak lagi senang, cetak siap-siap borang tersebut di laman web JPJ dan lengkapkan borang permit tersebut supaya mudah untuk anda dapatkan pengesahan pegawai.
4) Hari Pemeriksaan kenderaan
Pada hari tersebut, pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan. Jangan sampai waktu nak buat pemeriksaan ada dokumen yang tertinggal.
Lepas dah daftar dan membuat bayaran pemeriksaan, anda hanya perlu tunggu kerja-kerja pemeriksaan oleh pegawai PUSPAKOM ke atas kenderaan anda.
Jika semua berfungsi, maka mudah untuk anda lulus pemeriksaan PUSPAKOM tersebut.
Tapi kalau tidak lulus, bagaimana? Jangan risau...Apa yang anda perlu lakukan adalah bawa pulang kenderaan anda untuk diperbaiki semula sehingga lulus.
Okey, selepas sahaja lulus, anda akan menerima laporan pemeriksaan akan dikeluarkan pada hari yang sama. Tapi ingat, ia hanya sah untuk tempoh satu bulan sahaja. Jadi, pastikan anda perbaharui cukai jalan kenderaan anda dalam tempoh tersebut.
5) Perbaharui cukai jalan dan beli insurans
Lepas anda dah lulus dan dapat laporan pemeriksaan daripada PUSPAKOM, bolehlah anda teruskan hasrat menghidupkan cukai jalan dengan membeli insurans dan pergi ke pejabat JPJ untuk selesaikan cukai jalan kenderaan.
Ingat, ini tips kalau nak senang, anda beli insurans awal-awal supaya boleh hidupkan semula cukai jalan di pejabat JPJ.
Jadi itulah cara-cara untuk menghidupkan cukai jalan anda sekiranya ia sudah mati lebih setahun.
Senang bukan?
Afiq Ariffin
Sun Jun 28 2020
![Cukai jalan motosikal mati lebih setahun? Ini yang anda perlu buat... Cukai jalan motosikal mati lebih setahun? Ini yang anda perlu buat...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81593325425_roadtax.jpg)
Buat pengetahuan anda, sekiranya cukai jalan kenderaan sudah tamat melebihi tempoh setahun, anda tidak boleh sewenang-wenangnya memperbaharuinya seperti biasa.
![Lelaki dikurung tiga wanita selama 13 hari, ditekap dengan seterika Lelaki dikurung tiga wanita selama 13 hari, ditekap dengan seterika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739578476_TBbunuh.jpg)
Lelaki dikurung tiga wanita selama 13 hari, ditekap dengan seterika
Pande telah dikurung selama 13 hari sejak 20 Januari lalu dan diseksa dengan teruk termasuk tubuhnya ditekap dengan seterika.
![Hamas umum nama tiga tebusan dibebaskan Sabtu Hamas umum nama tiga tebusan dibebaskan Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739578428_HostagesFamily.jpg)
Hamas umum nama tiga tebusan dibebaskan Sabtu
Ketiga-tiga tebusan itu adalah Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Alexandre Sasha Troufanov.
![UAE anjur Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2026 dari 3-5 Feb 2026 UAE anjur Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2026 dari 3-5 Feb 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739571579_TBwgs.jpg)
UAE anjur Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2026 dari 3-5 Feb 2026
Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia (WGS) seterusnya akan diadakan dari 3 hingga 5 Feb 2026.
![UK, AS sepakat Zelenskyy mesti terlibat dalam rundingan damai Ukraine - Lammy UK, AS sepakat Zelenskyy mesti terlibat dalam rundingan damai Ukraine - Lammy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739575347_TBMunichSecurity.jpg)
UK, AS sepakat Zelenskyy mesti terlibat dalam rundingan damai Ukraine - Lammy
David Lammy berkata beliau dan JD Vance bersetuju Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mesti terlibat dalam rundingan damai.
UAE anjur Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2026 dari 3-5 Feb
Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia (WGS) seterusnya akan diadakan dari 3 hingga 5 Feb 2026, di bawah arahan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Naib Presiden Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Konflik Congo makin parah, 350,000 jadi pelarian
Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan yang semakin merosot di timur Republik Demokratik Congo, pada Jumaat.
Negara Arab tolak cadangan pindahkan penduduk Gaza
Negara-negara Arab menegaskan bahawa mereka menolak sebarang cadangan untuk memindahkan rakyat Palestin dari Gaza ke Jordan dan Mesir, kata wakil Kumpulan Arab kepada pemberita pada Jumaat.
KPKM akan memuktamadkan penyasaran subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan industri padi, beras
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kini dalam peringkat akhir perbincangan untuk memuktamadkan penyelesaian pemberian subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan dalam industri padi dan beras.
JPA sentiasa teroka pendekatan terbaik integrasikan automasi, transformasi digital
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sentiasa meneroka pendekatan terbaik untuk mengintegrasikan automasi dan transformasi digital bagi memastikan penjawat awam bersedia menghadapi peranan baharu dalam persekitaran kerja yang dinamik.
Arham Abdullah dilantik Naib Canselor UMK ke-7
Prof Dr Arham Abdullah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang ketujuh berkuat kuasa Ahad ini.
![Cukai jalan motosikal mati lebih setahun? Ini yang anda perlu buat... Cukai jalan motosikal mati lebih setahun? Ini yang anda perlu buat...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81593325425_roadtax.jpg)
Cukai jalan motosikal mati lebih setahun? Ini yang anda perlu buat...
Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda terlupa menghidupkan cukai jalan dan insurans motosikal anda?
![COVID-19: Bagaimana China berjaya turunkan jumlah jangkitan secara mendadak COVID-19: Bagaimana China berjaya turunkan jumlah jangkitan secara mendadak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81580981622_chinaeastern.jpg)
COVID-19: Bagaimana China berjaya turunkan jumlah jangkitan secara mendadak
Di kala wabak itu masih mencatatkan peningkatan di seluruh dunia, China sebaliknya berjaya mengawal penularan itu.