SABAK BERNAM: Peniaga pisang goreng yang didakwa atas pertuduhan menculik dua kanak-kanak perempuan di Jeram melakukan perbuatan itu kerana menginginkan anak perempuan.
Tertuduh, Mohamad Shahriza Othman, 31, memaklumkan alasan itu kepada Muhd Muqri Mohd Khairi dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (JBG) semasa prosiding kes itu di Mahkamah Majistret Sungai Besar pada Khamis.
Menurut Muhd Muqri, tertuduh yang melarikan dua kanak-kanak itu memberi alasan berbuat demikian kerana tidak mempunyai anak perempuan.
"Saya dimaklumkan tertuduh hanya mempunyai dua anak lelaki dan belum ada rezeki memiliki anak perempuan.
"Tertuduh sebelum ini tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan ini merupakan kesalahan pertama dan percaya dia telah insaf," katanya.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 19 Julai lalu kira-kira jam 6.30 petang di Nombor 2, Jalan Ikan Emas 2, Taman Ikan Emas di Jeram telah menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan dan enam tahun dari penjaganya yang boleh dihukum di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan (KK) iaitu penjara selama tempoh tujuh tahun dan boleh juga didenda.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah melarikan dua kanak-kanak perempuan yang sedang bermain di hadapan rumah dengan menaiki kereta jenis Perodua Bezza.
Tertuduh mengajak kedua-dua mangsa menemaninya untuk menghantar surat sambil memberikan wang tunai RM50 sebagai upah.
Mangsa telah mengikut tertuduh ke kedai runcit dan dia mengajak berjalan-jalan sekitar Jeram serta singgah di rumahnya (tertuduh) sebelum menghantar semula mangsa kira-kira jam 7.45 malam.
Terdahulu, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan hadapan Majistret, Siti Hajar Ali.
Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Sofea Jaysal memohon tindakan setimpal berikutan kes penculikan yang semakin meningkat yang akan mempengaruhi dan mengancam keselamatan awam.
Siti Hajar memutuskan tertuduh didapati bersalah dan dihukum penjara 24 bulan daripada tarikh sabitan dan juga denda keseluruhan RM2,000 dan jika tidak bayar sebulan penjara.
"Alasan saya mendapati tindakan tertuduh mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jelas dia telah menzahirkan kekesalan dan keinsafan.
"Hukuman yang dijatuhkan mahkamah ini haruslah bersifat faktor kepentingan awam diutamakan agar memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam bahawa kesalahan menculik amat serius dan semakin berleluasa," tambah beliau
Sinar Harian pada Sabtu lalu melaporkan, dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan lapan tahun yang dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat selepas dipercayai dilarikan seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta Perodua Bezza di Jeram, pada Jumaat.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Polis, Mohd Ambia Nordin berkata, polis menerima maklumat kejadian itu daripada ibu mangsa pada jam 6.30 petang
Sebelum ini tular di media sosial berhubung kehilangan dua kanak-kanak, yang didakwa diculik lelaki menaiki kereta jenis Perodua Bezza. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 25 2024

Tertuduh diiringi polis dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini pada Khamis.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Kes culik Albertine Leo: Polis siasat motif termasuk kemungkinan suspek pedofilia
Polis sedang menyiasat motif penculikan kanak-kanak perempuan Albertine Leo, termasuk kemungkinan suspek lelaki merupakan seorang pedofilia.

Culik 2 budak: Peniaga pisang goreng mengaku salah, beri alasan ingin anak perempuan
Peniaga pisang goreng yang didakwa atas pertuduhan menculik dua kanak-kanak perempuan di Jeram melakukan perbuatan itu kerana menginginkan anak perempuan.