KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Santhara Kumar menjelaskan, keberadaan beliau di New Zealand sejak Disember lalu selepas mematuhi segala prosuder operasi standard (SOP) yang ditetapkan selain memohon cuti tahunan dan cuti tanpa gaji.
Menurut beliau, permohonan bercuti selama 55 hari itu dibuat melalui Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa selain mendapat kelulusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas faktor menziarahi keluarga di negara berkenaan.
Ahli Parlimen Segamat itu bagaimanapun, berkata, komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab adalah sentiasa menjadi keutamaan dalam memastikan kebajikan rakyat di Wilayah Persekutuan dan Parlimen Segamat terus terpelihara.
Setelah memastikan setiap prosedur dipatuhi dan semua kelulusan diperoleh, beliau pada pada 23 Disember 2020 berangkat ke New Zealand selepas menghadiri mesyuarat.
Setiba di negara berkenaan, Santhara berkata, beliau menjalani kuarantin sehingga 9 Januari 2021.
"Tujuan saya ke luar negara bagi melawat anak-anak saya di New Zealand, khususnya anak saya yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang.
"Selain itu, sebagai bapa yang bertanggungjawab saya perlu bertemu dengan anak yang berusia sembilan tahun bagi menjalankan tanggungjawab sebagai bapa sepanjang cuti rehat tersebut setelah hampir setahun tidak berjumpa.
"Saya telah menghadiri setiap hari persidangan Dewan Rakyat dengan rekod kehadiran 100 peratus. Saya juga telah menghadiri persidangan Dewan Negara untuk penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 pada 22 Disember 2020," jelasnya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran mempersoal dan meminta penjelasan Santhara susulan laporan media yang mendakwa beliau berada di negara itu sejak Disember tahun lalu.
Prabakaran yang memetik laporan Sarawak Report turut mendakwa, Santhara tidak pulang ketika Segamat dilanda banjir pada bulan lalu dan dikatakan telah kembali ke Malaysia sebelum Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari, tetapi pergi semula ke sana selepas itu.
Dalam pada itu, Santhara berkata, sebagai timbalan menteri dan Ahli Parlimen, beliau sentiasa menjunjung tinggi setiap arahan dan peraturan bagi pelantikannya dan mengikuti semua proses dan prosedur yang ditetapkan.
Permohonan cuti rehat itu katanya disokong Menteri Wilayah Persekutuan dan kelulusan Perdana Menteri, berdasarkan kelayakan cuti rehatnya seperti yang ditetapkan dalam peraturan pelantikan jawatan berkenaan.
"Selain itu, saya juga diluluskan cuti tanpa gaji bagi cuti yang melebihi kelayakan cuti rehat saya," katanya yang turut menjelaskan pemergian ke luar negara itu mendapat kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia.
Fauzi Suhaimi
Mon Mar 01 2021

Datuk Seri Santhara Kumar berkata, cuti selama 55 hari itu mendapat kelulusan Perdana Menteri pada 3 Disember atas faktor menziarahi keluarga di negara berkenaan. - Gambar BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.