KUALA LUMPUR: Isu kelestarian perlu ditangani susulan kewujudan lebih banyak pusat data di Cyberjaya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Cyberview Sdn Bhd (Cyberview) Kamarul Ariffin Abdul Samad.
Beliau berkata permintaan yang sentiasa meningkat terhadap pemprosesan data yang dicetuskan oleh pendigitalan dan automasi, menjadikan pusat data sebagai tulang belakang pada era digital.
Menurut Kamarul Ariffin, Malaysia khususnya Cyberjaya juga telah memanfaatkan pertumbuhan pendigitalan di rantau Asia Pasifik yang disokong oleh kekuatan pertumbuhan e-dagang dan penembusan mudah alih yang menyediakan akses kepada kandungan digital secara besar-besaran.
"... perkembangan baharu ini menyokong kepada peningkatan permintaan terhadap pusat data dalam ekonomi digital yang berkembang pesat dan peranan dimainkan Cyberjaya bagi memenuhi keperluan infrastruktur digital diperlukan.
"Tambahan pula, trend terkini menunjukkan pertumbuhan berterusan dalam sektor ini boleh dijangka dalam tempoh terdekat hingga pertengahan tahun," katanya dalam kenyataan semalam.
Bagaimanapun, Kamarul Ariffin berkata pengembangan pusat data kini setanding dengan pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan penerimaannya dalam budaya kerja turut mengambil kira implikasinya terhadap kelestarian.
"Walaupun kemajuan teknologi tidak dapat dielak dan pembangunannya perlu disokong, sentiasa menggalakkan dan mendukung inovasi dari segi kelestariannya juga sama penting," katanya.
Sehubungan itu, Kamarul Ariffin berkata pemuliharaan alam sekitar dan pendekatan pembangunan lestari dalam sektor berkenaan perlu dilihat sebagai sesuatu yang menjadi kebiasaan untuk maju.
Bagi tujuan itu, katanya Cyberview baru-baru telah menganjurkan bengkel bersama Persatuan Gas Malaysia (MGA) dengan sokongan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi memanfaatkan potensi gas boleh diperbaharui dan teknologi penjanaan bersama (CoGen) bagi pusat data.
Selain itu, beliau berkata syarikat itu juga telah melaksanakan projek kelestarian dan rendah karbon di seluruh Cyberjaya sejak beberapa tahun lepas termasuk mewujudkan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), selain kemudahan penyejukan berpusat menggunakan air di lebih 46 bangunan, yang mampu mengurangkan 7,000 tan pelepasan karbon ke udara setahun.
Beliau berkata Cyberview bersama rakan kerjasama turut melabur RM5 juta untuk membangunkan dan memasang sel fotovoltaik di kawasan parkir dan bumbung untuk memanfaatkan tenaga solar.
"Kita juga sedang meneroka peluang dengan rakan kongsi lain dalam memanfaatkan tenaga solar dan boleh diperbaharui untuk pusat data di Cyberjaya, termasuk kemungkinan loji tenaga solar terapung di permukaan air melalui Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) dan Akses Pihak Ketiga (TPA).
"Usaha ini selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan kami sedang meneliti untuk membangunkan inovasi ini dengan lebih lanjut ke arah meningkatkan penggunaan tenaga cekap dan sumber lain bagi mencapai matlamat Cyberjaya sebagai bandar rendah karbon menjelang 2030," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
![Cyberjaya jadi pusat data, isu kelestarian perlu ditangani - Cyberview Cyberjaya jadi pusat data, isu kelestarian perlu ditangani - Cyberview](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701358347_KamarulAriffinAbdu.jpg)
Kamarul Ariffin berkata pengembangan pusat data kini setanding dengan pembangunan teknologi AI dan penerimaannya dalam budaya kerja turut mengambil kira implikasinya terhadap kelestarian. - Foto Cyberview
Semak Akta SOSMA, teliti hak asasi manusia keselamatan negara
Kementerian dalam negeri akan menjelaskan keputusan kerajaan untuk meneliti semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Parlimen minggu hadapan.
[TERKINI] Suspek kes bunuh Norshamira direman tujuh hari
Seorang lelaki berusia 53 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang peniaga wanita di tepi sungai Kuantan, direman selama tujuh hari
![Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739604378_hostagerelease.jpg)
Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan
Angggota Hamas dan penduduk tempatan berkumpul di bandar selatan Gaza, Khan Younis menjelang pembebasan tiga tebusan yang dijangka berlaku pada Sabtu.
![Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739606240_SaifuddinNasutionI.jpg)
Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.
![Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739593802_norshamira.jpg)
Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari
Seorang lelaki direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur Khamis lepas.
![Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739602838_IbuKotaNusantara.jpg)
Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.
![NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739604230_NikNazmiNikAhmad.jpg)
NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berhasrat membangunkan kebun komuniti di tanah Persekutuan di bawah kendalian Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.
![29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan 29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739598033_TBgari.jpg)
29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan
Pihak berkuasa menahan 29 suspek di perbandaran Tachileik, timur Myanmar, atas kesalahan perjudian dalam talian dan penipuan kewangan pada 12 dan 13 Feb, lapor Xinhua.
PDRM rampas dadah berjumlah RM23.67 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang menjadikan negara ini sebagai transit, sebelum diseludup ke negara ketiga dengan nilai rampasan berjumlah RM23.67 juta.
Banyak jawatankuasa boleh bincang isu hal ehwal bukan Islam
Tiada keperluan untuk mewujudkan portfolio menteri yang menjaga hal ehwal agama bukan Islam.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
![Pelawak lelaki miliki ganja didakwa Jumaat Pelawak lelaki miliki ganja didakwa Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734602894_Selebritilelakidit.jpg)
Pelawak lelaki miliki ganja didakwa Jumaat
Pelakon dan pelawak yang ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja di rumahnya di Cyberjaya akan dituduh di Mahkamah Sepang pada Jumaat.
![Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726380928_TBLOGOPDRM.jpg)
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
![Taman semikonduktor kedua akan dilancar awal tahun depan - MB Selangor Taman semikonduktor kedua akan dilancar awal tahun depan - MB Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731665409_TBAmirudin.jpg)
Taman semikonduktor kedua akan dilancar awal tahun depan - MB Selangor
Inisiatif berkenaan terhasil daripada kerjasama erat di antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan.
![Pembantu kedai makan ditahan rogol nenek berusia 71 tahun di Cyberjaya Pembantu kedai makan ditahan rogol nenek berusia 71 tahun di Cyberjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720260315_ACPWanKamarul.jpg)
Pembantu kedai makan ditahan rogol nenek berusia 71 tahun di Cyberjaya
Polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun selepas dipercayai merogol dan menyamun seorang nenek berusia 71 tahun di tangga berhampiran lif sebuah apartment di Cyberjaya.
![Isu tular sekolah padat: SK Cyberjaya 2 dijangka siap 2027 Isu tular sekolah padat: SK Cyberjaya 2 dijangka siap 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725257881_sekolahpadatcyber.jpg)
Isu tular sekolah padat: SK Cyberjaya 2 dijangka siap 2027
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya 2 yang kini dalam fasa memulakan pembinaan dijangka siap pada 2027.
![Cyberjaya kekal jadi tarikan pusat data hiperskala Cyberjaya kekal jadi tarikan pusat data hiperskala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722991100_KamarulAriffinAbdu.jpg)
Cyberjaya kekal jadi tarikan pusat data hiperskala
Sehingga kini, Cyberjaya menjadi lokasi kepada 15 pusat data yang terdiri daripada pusat data komersial dan kaptif termasuk hiperskala.
![Wanita antara dua ditahan selepas lebih 20 kereta peronda polis ekori mereka Wanita antara dua ditahan selepas lebih 20 kereta peronda polis ekori mereka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701753838_TBpoliskejarjpg.jpg)
Wanita antara dua ditahan selepas lebih 20 kereta peronda polis ekori mereka
Polis menahan dua individu selepas lebih 20 buah kereta peronda polis mengejar mereka kira-kira 50 kilometer, selepas lari dari pemeriksaan di Jalan Utara, Petaling Jaya menghala ke Cyberjaya.
![Cyberjaya jadi pusat data, isu kelestarian perlu ditangani - Cyberview Cyberjaya jadi pusat data, isu kelestarian perlu ditangani - Cyberview](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701358347_KamarulAriffinAbdu.jpg)
Cyberjaya jadi pusat data, isu kelestarian perlu ditangani - Cyberview
Permintaan yang sentiasa meningkat menjadikan pusat data sebagai tulang belakang pada era digital.
![Sistem penyejukan berpusat di Cyberjaya, kurangkan pelepasan 7,000 tan karbon dioksida setahun Sistem penyejukan berpusat di Cyberjaya, kurangkan pelepasan 7,000 tan karbon dioksida setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691163476_MohdHafizIbrahim.jpg)
Sistem penyejukan berpusat di Cyberjaya, kurangkan pelepasan 7,000 tan karbon dioksida setahun
Sistem penyejukan berpusat yang dilaksanakan sejak 1999 itu, digunakan di lebih 46 bangunan di Cyberjaya setakat ini.
![Ibu muda didakwa bunuh anak 18 bulan Ibu muda didakwa bunuh anak 18 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674190811_membunuhanakkandung.jpg)
Ibu muda didakwa bunuh anak 18 bulan
Umishahirah Khalid yang kelihatan sugul mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.