KUANTAN: Individu yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh membuat pendaftaran atau mengemas kini maklumat masing-masing bermula 1 hingga 31 Jan depan, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Mohd Shahar Abdullah.
Beliau berkata bagi penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sedia ada, mereka tidak perlu membuat permohonan BKM kerana bantuan akan diberikan secara automatik dengan bayaran pertama dijangka pada Mac 2022.
Menurutnya, proses pendaftaran itu dibuka bagi memastikan mereka yang layak, namun tiada dalam pangkalan data diberikan peluang untuk memohon dan pendaftaran serta kemas kini boleh dibuat menerusi laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
"Jangan risau penerima BPR sedia ada memang akan dapat (BKM)...bagi mereka yang dahulu M40 sekarang sudah rasa termasuk dalam B40 boleh kemas kini rekod masing-masing bermula Januari.
"Kita bagi tempoh sebulan untuk mereka berbuat demikian dan maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk di laman web LHDN," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penutup Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di Dewan Paya Besar di sini hari ini.
Sementara itu, Mohd Shahar yang juga Ahli Parlimen Paya Besar memaklumkan Bantuan Khas COVID-19 Fasa 3 akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada Disember depan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 billion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.
Terdahulu beliau dalam ucapannya menasihatkan usahawan luar bandar supaya mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang digitalisasi untuk proses pembayaran serta pemasaran produk selain merebut peluang dan insiatif disediakan kerajaan dalam mengembangkan perniagaan mereka.
Pada majlis itu, seramai 16 usahawan menerima pembiayaan sebanyak RM105,000 daripada TEKUN Nasional, 19 syarikat diperuntukkan RM1.3 juta pembiayaan daripada SME Corp manakala lima koperasi di Pahang melalui Tabung Modal Pusingan-Suruhanjaya Koperasi Malaysia menerima RM2.4 juta.
Karnival anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Bank Rakyat selaku rakan strategik itu dijalankan selama dua hari bermula semalam dengan pembabitan lebih 300 usahawan Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021

Individu yang layak menerima BKM boleh membuat pendaftaran atau mengemas kini maklumat masing-masing bermula 1 hingga 31 Jan depan, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Mohd Shahar Abdullah. - Gambar fail/BERNAMA

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Tindakan percepat BKM Fasa 4 tidak wajar - Bersih
Tindakan itu dilihat sebagai satu bentuk pengaruh tidak wajar dan melanggar konvensyen amalan kerajaan sementara yang diamalkan di negara-negara lain.

Penerima BKM boleh tebus RM75 Baucar Perlindungan Tenang dengan RM5
Persatuan industri insurans menasihatkan semua penerima BKM supaya memastikan mereka mengetahui kelayakan mereka dengan menyemak portal MyPTV.

Harga ayam RM9.40 sekilogram bermula hari ini
Keputusan tersebut dicapai selepas kerajaan putuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam, sebaliknya meneruskan subsidi.

BKM: Bantuan cecah RM8.2 bilion, tertinggi dalam sejarah - Tengku Zafrul
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan inisiatif bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

BKM Fasa 2: 8.6 juta bakal terima secara berperingkat mulai hari ini
BKM Fasa 2 dengan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion akan memanfaatkan 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

BKM mula dibayar 28 Mac, ringankan beban rakyat sambut Ramadan - PM
Penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima.

Hampir 1.5 juta permohonan BKM sudah diterima setakat 7 Januari - Zafrul
Sehingga kini direkodkan juga hampir 95 peratus permohonan baharu dan kemaskini dibuat secara dalam talian.

Daftar, kemas kini maklumat untuk BKM bermula 1 Jan - Mohd Shahar
Individu yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh membuat pendaftaran atau mengemas kini maklumat masing-masing bermula 1 hingga 31 Jan depan.

4.8 juta golongan bujang dapat BKM, RM350 untuk pendapatan di bawah RM2,500
Manakala, warga emas bujang atau tiada pasangan dengan pendapatan kurang daripada RM5,000 akan menerima RM600.