Skip to main content

Malaysia

Dakwaan laman web digodam, SPR bekerjasama dengan MCMC

Ramlan Harun berkata pihak SPR masih belum menerima laporan penuh berhubung perkara berkenaan. - Astro AWANI
Ramlan Harun berkata pihak SPR masih belum menerima laporan penuh berhubung perkara berkenaan. - Astro AWANI
Advertisement

SUNGAI UDANG: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengambil tindakan bersama pihak berkuasa berkaitan bagi melindungi sistemnya susulan dakwaan kemungkinan berlaku serangan siber terhadap laman web suruhanjaya itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata pihak SPR masih belum menerima laporan penuh berhubung perkara berkenaan.

“Saya tak dapat laporan penuh lagi (mengenai serangan siber) berkenaan dengan perkara tersebut dan insya-Allah SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat.

Advertisement

“Kita sama-sama berdoa agar ‘cyber attack’ itu tidak menyerang laman web kita kerana ia amat penting dalam kita melaksanakan pilihan raya ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Kem Terendak, di sini hari ini.

Mengulas persiapan SPR bagi memastikan sistemnya tidak diceroboh, Ramlan berkata pihaknya telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Advertisement

Selain itu, tambahnya laporan berhubung dakwaan serangan siber telah diberikan kepada pihak berkaitan sebagai langkah awal bagi memastikan sistem SPR terus dilindungi.

“Ya, kita telah pun bekerjasama dengan semua autoriti yang berkaitan untuk memastikan supaya perkara tersebut tidak berlaku, insya-Allah.

“Kita telah pun bekerjasama dan dalam tindakan untuk melindungi sistem kita daripada dicerobohi,” katanya.

Ujarnya lagi, SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

Terdahulu, ketika siaran langsung SPR di media sosial memaklumkan bahawa laman web suruhanjaya itu dipercayai berdepan ancaman serangan siber.

 

 

Must Watch Video

Advertisement