KUALA LUMPUR: Susulan dakwaan terdapat pemeriksaan haid secara fizikal di sebuah sekolah di Setapak, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin sendiri hadir untuk melakukan siasatan berhubung perkara tersebut.
Dalam perkongsian terbaharu di Facebooknya pada malam Selasa, beliau berkata, Kementerian sentiasa memandang serius dakwaan seperti itu, dan akan memastikan ia tidak terus berlaku sekiranya perkara itu benar-benar terjadi.
Radzi berkata, kehadiran beliau di sekolah itu adalah untuk mendengar maklum balas pelajar-pelajar perempuan, serta mendapatkan penjelasan dari pihak pengurusan sekolah.
“Sejurus tiba dari Kuching di KLIA, saya terus ke sebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berlaku amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan.
“Saya memandang serius dakwaan berhubung perkara tersebut. Sekiranya ada amalan sebegini di mana-mana institusi KPM, kami komited untuk memastikan ianya tidak terus berlaku,” katanya lagi.
Radzi berkata, KPM sentiasa komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa di sekolah serta di asrama, bagi mewujudkan keadaan yang sejahtera untuk semua.
Semalam, Penganalisis Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Tashny Sukumaran berkata, beliau mendapat maklumat bahawa sekitar 30 pelajar perempuan di Kolej Vokasional ERT, Setapak telah dipaksa melalui pemeriksaan haid secara fizikal.
Menurut maklumat tersebut, Tashny berkata, kejadian itu berlaku pada 18 Oktober, sekitar 7 malam, di mana pelajar perempuan yang rata-rata berumur antara 18 hingga 19 tahun, telah diberikan putik kapas bagi ‘membuktikan’ mereka sedang mengalami haid.
“Menurut pelajar itu, pemeriksaan haid telah terhenti sejak sekian lama, ekoran wujud tekanan awal tahun ini, tetapi ia bermula semula apabila hanya seorang pelajar perempuan bersolat sendirian di surau, sedangkan yang lain berada di dalam hostel.
“Mereka (pengurusan kolej) tiba-tiba mengarahkan kami berkumpul, dan memberi kami putik kapas untuk melihat darah haid,” kata Tashny memetik perkongsian sumber itu lagi.
Selain itu, Tashny berkata, apabila kumpulan pelajar perempuan tersebut menolak kerana tidak selesa, mereka dipaksa untuk mengerjakan Solat, yang padanya tidak masuk akal, memandangkan hukum Solat adalah tidak sah jika didatangi haid.
Firdaus Azil
Wed Oct 27 2021

Radzi berkata, kehadiran beliau di sekolah itu adalah untuk mendengar maklum balas pelajar-pelajar perempuan. - Foto Facebook/DrRadziJidin

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Pencen Awal: Pendidik minta lantik pembantu guru, naikkan gred Guru Cemerlang sekolah rendah
Beban tugasan guru-guru di sekolah perlu diringankan, di samping menyediakan ganjaran yang sewajarnya kepada perkhidmatan mereka dalam mendidik generasi bangsa.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Sekolah baharu, kelas kabin antara inisiatif atasi isu sekolah padat - KPM
Kementerian Pendidikan mengenal pasti beberapa inisiatif bagi mengatasi isu kepadatan pelajar di sekolah, susulan peningkatan jumlah murid terutamanya di Selangor.

Kerajaan peruntuk RM9 juta hantar guru jalani kursus kepimpinan, AI di luar negara
Ia merupakan projek perintis KPM tahun ini khusus untuk meningkatkan kemahiran guru dalam bidang kepimpinan dan kecerdasan buatan.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis
Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Feb lepas.

48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.

KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI