LEMBAGA Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) hari ini mengadakan sidang media bagi meleraikan isu dakwaan berkait pemegangan saham dengan jumlah melampau oleh Tan Sri Azam Baki.
LPPR menerusi pengerusinya, Tan Sri Abu Zahar Ujang mengakui berpuas hati dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.
Dalam pada itu, Azam dalam sidang media sama menyifatkan dakwaan berkenaan adalah tohmahan bertujuan untuk menjatuhkan reputasi beliau.
Berikut apa yang kita tahu setakat ini:
a) Kenyataan Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang
- LPPR berpuas hati dengan kenyataan Azam
- Azam tiada kaitan dengan dakwaan pemilikan saham dengan jumlah yang melampau
- Akaun saham Azam digunakan oleh adiknya, Nasir Baki untuk membeli saham pada 2015
- Azam tiada kepentingan kewangan (pecuniary) atau beneficial (benefisial) bagi pembelian atau pemilikan saham berkenaan
- Pembelian saham adalah di pasaran terbuka, tiada percanggahan kepentingan
- Semua saham telah dipindah semula kepada Nasir
BACA: LPPR puas hati penjelasan Azam Baki berhubung dakwaan pemilikan saham
b) Kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki
- Nafi memiliki saham dengan jumlah yang melampau
- Akui tidak terlibat dalam urusan pemilikan saham
- Dakwaan wujud konflik kepentingan adalah tidak berasas
- Saham-saham yang dibeli tiada kaitan dengan siasatan SPRM
- Saham-saham telah dipindah milik kepada akaun adiknya, Nasir
- Tuduhan beliau kawal banyak syarikat adalah pembohongan besar oleh pihak tertentu
- Ambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang cemar reputasinya
BACA: "Tohmahan ini direka untuk jatuhkan reputasi saya" - Azam Baki jawab dakwaan miliki saham
Berikut kami lampirkan beberapa persoalan serta perkara penting yang anda perlu tahu berkenaan proses pemerolehan, pindah milik dan urus niaga saham di negara ini:
Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (Akta 453)
Seksyen 25: Akaun-akaun sekuriti
(1) Tiada seorang pun boleh berurusniaga dengan sekuriti-sekuriti telah-deposit tanpa terlebih dahulu mempunyai suatu akaun sekuriti.
(2) Seseorang ejen depositori diberikuasa yang berurusniaga dengan sekuriti-sekuriti telah-deposit sebagai prinsipal hendaklah, berhubungan dengan urusniaga tersebut, membuka dan menyenggarakan suatu akaun sekuriti dengan depositori pusat.
(3) Sesuatu depositori pusat boleh mewujudkan berlainan jenis akaun-akaun sekuriti untuk orang-orang yang berlainan golongan
Pindaan (No.2) 1998:-
(4) Every securities account opened with a central depository shall be in the name of the beneficial owner of the deposited securities or in the name of an authorised nominee. [Ins. Act A1039:s.13]
(5) The person opening the securities account shall make a declaration in such manner as may be specified in the rules of the central depository that he is the beneficial owner of the deposited securities or the authorised nominee, as the case may be. [Ins. Act A1039:s.13] (6) Any person who contravenes subsection (1), (2) or (5) shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both. [Ins. Act A1039:s.13]
Rujukan: https://www.sc.com.my/bm/kawal-selia/akta/akta-perindustrian-sekuriti-depositori-pusat-1991
Mengenai pemindahan akaun CDS antara ahli keluarga, apakah senario atau hubungan yang dibenarkan oleh Bursa Malaysia Depository?
Bursa Malaysia Depository hanya membenarkan pemindahan antara pihak yang memindahkan (orang yang memulakan pemindahan) dan pihak yang dipindahkan (orang yang menerima sekuriti yang dipindahkan), yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat. Berikut adalah hubungan yang dibenarkan:
* Ibu bapa
* Anak/Anak angkat
* Pasangan sah
* Abang/Adik lelaki
* Kakak/Adik perempuan
* Datuk & Nenek
* Cucu
Pendeposit individu juga boleh membuat pemindahan sekuriti daripada akaun CDS mereka yang dipegang secara terus atas nama pendeposit individu atau akaun penama yang dipegang oleh Penama Sah (iaitu pendeposit individu dinyatakan sebagai pemilik benefisial) kepada akaun CDS yang dipegang secara terus atas nama ahli keluarga mereka. Mereka perlu menyertakan dokumen sokongan yang berkaitan apabila memulakan pemindahan berkenaan.
Walau bagaimanapun, pemindahan sekuriti daripada Akaun Sekuriti yang Diikrar pendeposit secara terus kepada akaun CDS ahli keluarga tidak dibenarkan.
Rujukan: https://www.bursamalaysia.com/bm/reference/faqs/cds
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002
Pemilikan dan Perisytiharan Harta oleh Pegawai Awam
Pekeliling ini perlu membuat perisytiharan harta sama ada harta tak alih atau harta alih.
Harta alih merangkumi:
(i) Apa-apa bentuk wang tunai di mana jua dideposit atau disimpan;
(ii) Syer, saham, debentur, bon atau sekuriti lain;
(iii) Apa-apa bentul lesen atau permit perdagangan, perniagaan atau komersial;
(iv) Apa-apa harta alih yang lain, termasuklah segala jenis kenderaan motor, barang kemas, keahlian kelab, perabot rumah dan alat sukan yang harga belian tiap-tiap satunya melebihi 6 bulan emolumen atau RM10,000.00 mengikut mana yang lebih rendah.
Rujukan: https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2002/pp032002.pdf
Astro Awani
Wed Jan 05 2022

Selain kenyataan Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Tan Sri Azam Baki (foto), berikut antara fakta lain berkait pemerolehan, pindah milik dan urus niaga saham. - fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, wujud kelemahan tatakelola - Azam Baki
Tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Op Sky: SPRM akan panggil 5 hingga 10 lagi saksi, siasatan lengkap sebulan lagi
Siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai di beberapa institusi kewangan dalam Op Sky dijangka selesai dalam tempoh sebulan.

Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki
Azam berkata kawalan secara telus dan berintegriti itu perlu memandangkan politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

SPRM adaptasi teknologi AI, perkukuh usaha banteras rasuah - Azam Baki
SPRM akan beradaptasi dengan teknologi baharu termasuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh usaha membanteras rasuah di negara ini selaras dengan iltizam kerajaan.

Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Op Sky: Tiga pegawai bank dipecat, direhatkan lulus pinjaman tanpa prosedur - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yakin individu yang terlibat dalam kes Op Sky akan dibawa ke muka pengadilan selewat-lewatnya pada Mac ini.

Siasatan kes 18 ADUN Sabah akan diselesai segera, perlu saksi sesuai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memerlukan saksi yang sesuai bagi memastikan dakwaan itu kukuh.

Op Sky: 18 individu lagi akan dipanggil - Azam Baki
Seramai 18 individu akan dipanggil SPRM dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman.

Op Sky: Tiga selebriti dirakam keterangan, SPRM fokus lengkapkan siasatan
Tiga selebriti telah dirakam keterangan pada Khamis bagi siasatan lanjut berhubung Op Sky melibatkan pinjaman peribadi penjawat awam.