KOTA BHARU: Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat menggantung sementara tugas imam masjid di sebuah kampung di Sungai Golok, yang dipercayai menjalankan akad nikah secara dalam talian seorang individu didakwa timbalan menteri di negara ini.
Timbalan Yang Dipertuanya, Abdul Aziz Che Mamat, berkata penggantungan tugas imam berkenaan berkuat kuasa selama enam bulan bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atasnya.
"Imam berkenaan berusia 65 tahun, kita gantung tugasnya selama enam bulan bermula bulan Jun lepas. (Ia) selepas majlis akad nikah berkenaan, kita kenakan tindakan gantung tugas," katanya ketika dihubungi.
Pada masa sama, katanya pihaknya akan memanggil semua imam di sempadan Malaysia-Thailand melibatkan daerah Sungai Golok dan Buketa, yang bersempadan dengan Kelantan dalam masa terdekat.
Abdul Aziz berkata, ia bertujuan untuk memberikan penerangan berhubung ketetapan Majlis Agama Islam Narathiwat yang tidak mengiktiraf pernikahan secara dalam talian.
BACA: Majlis Agama Islam Narathiwat siasat dakwaan Timbalan Menteri nikah dalam talian
BACA: Video nikah tular: Timbalan menteri mohon maaf
Media pada 4 Julai melaporkan, Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat akan menjalankan siasatan berhubung isu majlis akad nikah berkenaan.
Abdul Aziz dilapor menjelaskan pihaknya tidak pernah mengiktiraf pernikahan secara dalam talian.
Beliau mengulas mengenai satu rakaman pernikahan melalui telefon yang didakwa membabitkan seorang Ahli Parlimen di negara ini berserta dua saksi, yang tular di media sosial.
Rakaman video dan salinan sijil nikah yang tular itu turut mendapat kritikan ramai kerana individu itu didakwa melangsungkan pernikahan sewaktu rakyat berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sementara itu, pada 6 Julai, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi memohon maaf sekiranya isu akad nikah secara dalam talian yang dikaitkan dengannya, menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Beliau yang tidak mengesah atau menafikan kaitannya dengan isu berkenaan, berkata kesal dengan penularan perkara itu yang disifatkan sebagai sesuatu yang peribadi.
Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, beliau sedang meneliti tindakan perundangan ke atas pihak yang cuba mengaibkannya.
Muhafandi Muhamad
Sat Jul 24 2021
![Dakwaan timbalan menteri nikah 'online': Imam di Narathiwat digantung tugas Dakwaan timbalan menteri nikah 'online': Imam di Narathiwat digantung tugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627118127_MarriageRing.jpg)
Rakaman video dan salinan sijil nikah yang tular turut mendapat kritikan ramai kerana individu itu didakwa melangsungkan pernikahan sewaktu rakyat berdepan PKP. - Gambar hiasan
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Bekas penyanyi Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia Bekas penyanyi Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729480721_TBkompas.jpg)
Bekas penyanyi Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih Presiden Prabowo Subianto.
![Jualan Agro Madani: Usaha bantu usahawan dan pengguna Jualan Agro Madani: Usaha bantu usahawan dan pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703678664_ProgramJualanAgro.jpg)
Jualan Agro Madani: Usaha bantu usahawan dan pengguna
Program Jualan Agro Madani Mega ini juga membantu usahawan tani memasarkan produk mereka terus kepada pengguna.
![[LAPOR LANGSUNG] Pecat serta-merta andai ada Jemaah Menteri terlibat rasuah - PM [LAPOR LANGSUNG] Pecat serta-merta andai ada Jemaah Menteri terlibat rasuah - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670746717_AnwarIbrahim.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Pecat serta-merta andai ada Jemaah Menteri terlibat rasuah - PM
Anwar menegaskan beliau menekankan tata kelola yang baik dalam kerajaan dan tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan rasuah.
![Kabinet Kerajaan Perpaduan: 27 Timbalan Menteri selesai angkat sumpah jawatan Kabinet Kerajaan Perpaduan: 27 Timbalan Menteri selesai angkat sumpah jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670661081_TBangkatsumpah.jpg)
Kabinet Kerajaan Perpaduan: 27 Timbalan Menteri selesai angkat sumpah jawatan
27 Timbalan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini pada Sabtu.
![Timbalan Menteri: PM Anwar dijangka guna formula sama seperti pelantikan Menteri - Jeniri Timbalan Menteri: PM Anwar dijangka guna formula sama seperti pelantikan Menteri - Jeniri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637116476_DrJeniriAmir.jpg)
Timbalan Menteri: PM Anwar dijangka guna formula sama seperti pelantikan Menteri - Jeniri
Pelantikan barisan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melibatkan formula parti yang mendokong kerajaan itu.
![PM Anwar menghadap Agong, persembah senarai timbalan menteri PM Anwar menghadap Agong, persembah senarai timbalan menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670578325_TBPM.jpg)
PM Anwar menghadap Agong, persembah senarai timbalan menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempersembahkan senarai timbalan menteri kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
![Kabinet Perpaduan: Senarai Timbalan Menteri diumum malam ini - PM Anwar Kabinet Perpaduan: Senarai Timbalan Menteri diumum malam ini - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670586083_TimbalanMenteri.jpg)
Kabinet Perpaduan: Senarai Timbalan Menteri diumum malam ini - PM Anwar
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau terlebih dahulu akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara dahulu untuk mendapat perkenan.
![Kabinet Perpaduan: Komposisi kaum perlu diambil kira lantik Timbalan Menteri- Pemerhati politik Kabinet Perpaduan: Komposisi kaum perlu diambil kira lantik Timbalan Menteri- Pemerhati politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670464815_mesyuaratkabinetmi.jpg)
Kabinet Perpaduan: Komposisi kaum perlu diambil kira lantik Timbalan Menteri- Pemerhati politik
Pemerhati Politik melihat komposisi kaum perlu diambil kira dalam melantik Timbalan Menteri dalam Kerajaan Perpaduan.
![Harapan masyarakat menjelang pembentukan Kabinet Harapan masyarakat menjelang pembentukan Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71629532454_TBKELUARISTANAjpg.jpg)
Harapan masyarakat menjelang pembentukan Kabinet
Menjelang pembentukan kabinet yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelak.
![80 ahli Parlimen dicadang bersidang dalam satu sesi 80 ahli Parlimen dicadang bersidang dalam satu sesi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624442839_TBGENERICPARLIMEN.jpg)
80 ahli Parlimen dicadang bersidang dalam satu sesi
Cadangan itu dijangka dapat diputuskan minggu depan sebelum Parlimen mula bersidang.