SEREMBAN: Isu pemberian sumbangan dan tajaan oleh syarikat minuman keras kepada sekolah-sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana penglibatan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah-sekolah Cina sudah berlaku sejak puluhan tahun lalu.
"Syarikat minuman keras telah menganjurkan program mengumpul dana untuk sekolah-sekolah Cina sejak 30 tahun lalu dan saya juga ada menghadirinya.
"Selama ini tidak pernah timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu.
"Jadi esok dalam mesyuarat Kabinet saya akan berikan penjelasan juga kepada Jemaah Menteri, bahawa dalam kalangan masyarakat Cina khususnya memang ada penganjuran program ini oleh syarikat-syarikat korporat minuman keras untuk anjurkan konsert-konsert amal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program TVET Permotoran@ Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mantin di sini pada Selasa.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, program berkenaan juga biasanya akan diadakan di luar sekolah seperti di restoran dan sebagainya yang bertujuan untuk mengutip dana bagi pembangunan sekolah.
Sebelum ni media melaporkan, sebuah sekolah rendah di Sepang, Selangor baru-baru ini telah menganjurkan konsert amal dengan penglibatan sebuah syarikat minuman keras yang merupakan antara penyumbang.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataannya memaklumkan memandang serius perkara itu dan sedang melakukan siasatan lanjut.
KPM turut mengingatkan pentadbir di institusi pendidikan di bawahnya supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 23 2024

Anthony pada sidang akhbar diadakan selepas merasmikan program TVET Permotoran@ SMK Mantin pada Selasa.

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Pulau Pinang salur lebih RM134 juta kepada sekolah Cina sejak 2009 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah menyalurkan lebih RM134.97 juta kepada sekolah Cina di seluruh negeri itu, sejak 2009.

Menteri Pendidikan akan jumpa PIBG dari 11 sekolah Cina - Fahmi
Kumpulan itu membantah pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan BM sebagai bahasa pengantar dalam Program DLP di sekolah itu.

Kongres Dong Zong, apa yang perlu anda tahu?
Ini lapan perkara yang anda perlu tahu berkenaan kongres yang akan berlangsung esok.

Pas diingatkan hati-hati berbaik dengan UMNO
Lau Chin Chua berkata UMNO baru sahaja hadir tetapi DHPP sudah lama bersama-sama dalam mempertahankan PAS di beberapa kawasan serta menarik penyokong bukan Melayu pada pilihan raya sebelum ini.

UiTM rombak iCGPA supaya lebih 'mesra pensyarah'
Program iCGPA perlu diteliti semula berikutan terdapat komponen di dalamnya yang boleh memberi penerangan kepada pihak majikan mengenai kemampuan pelajar daripada segi 'soft skill'.

'Biar sekolah Cina, yang penting jaga solat'
Pelakon Ozlynn mendedahkan suaminya, Johan akan memastikan anak-anak mereka mengerjakan solat melalui kamera litar tertutup (CCTV).