DAP Pulau Pinang meminta penyokong parti dan orang awam tidak berhimpun di luar Mahkamah Sesyen Butterworth semasa pendakwaan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, pada Isnin dan Selasa ini.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata ia bertujuan mengelak kemungkinan penularan COVID-19 dan kewujudan kluster baharu sekiranya himpunan orang ramai yang tidak mematuhi penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"DAP Pulau Pinang berharap ahli-ahli, penyokong dan orang awam akan memahami keadaan ini dan memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya pada sidang media di sini, pada Sabtu.
Terdahulu, DAP Pulau Pinang melancarkan kempen 'Solidariti dengan Lim Guan Eng', sebagai platform untuk ahli, penyokong dan orang awam menunjukkan sokongan kepada setiausaha agung DAP itu.
Sementara itu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kes Guan Eng tidak akan menjejaskan proses membuat keputusan oleh kerajaan negeri mengenai projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion itu.
Pada Jumaat, Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut itu.
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahli Parlimen Bagan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth pada Isnin dan Selasa ini bagi kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 08 2020

Pada Jumaat, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut itu. - Gambar fail

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.

Polis akan panggil Ahli Parlimen pembangkang terbabit perhimpunan - Bukit Aman
Menurut Ketua Polis Negara, mereka yang terlibat akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Kluster baharu COVID-19: Thailand tutup tapak binaan, tempat tinggal pekerja
Sekatan terbaru itu akan dilaksanakan selama 30 hari bermula Isnin (28 Jun).

COVID-19: Penduduk Napoli tidak puas hati arahan perintah berkurung waktu malam
Mereka yang berhimpun sebagai tanda protes terhadap pelaksanaan perintah berkurung pada waktu malam, mula bertindak ganas dengan membaling batu dan bom asap.

DAP minta penyokong jangan himpun semasa kes Guan Eng di Butterworth
Ia bertujuan mengelak kemungkinan penularan COVID-19 dan kewujudan kluster baharu.

Suami isteri & jiran naik kereta bersama mahu beli barang didenda RM1,000
Muhammad Hanafi Abdullah, 27, bersama isterinya, Syrifah Saadiah Syd Taha, 26, dan jiran mereka, Salmah Khalid, 45, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Hina Nabi: Desak ambil tindakan
Anak Perak itu meluahkan perasaan tidak puas hati apabila pelakunya dibebaskan segera dengan jaminan polis dalam tempoh yang singkat.

Jangan berhimpun, tunggu keputusan PRU14 di rumah saja - Polis
Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata peringatan itu bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini yang boleh mencetus provokasi.

Pelajar, polis bertembung di Universiti Al-Azhar
Beratus-ratus penyokong Mohamed Morsi berhimpun untuk hari kedua berturut-turut sebagai siri bantahan berterusan ke atas kerajaan sementara yang memerintah.