KUALA LUMPUR :Darurat yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini tidaklah terus menggantung sidang Parlimen atau menutup ruang untuk Ahli Parlimen bersuara.
Pakar Perlembagaan, Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, terdapat satu klausa dalam Ordinan Darurat 2021 yang menyebut sidang Parlimen boleh diadakan sekiranya difikirkan sesuai pada hemat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurutnya, melihat kepada klausa berkenaan, Muhammad Fathi percaya masih ada ruang untuk Ahli Parlimen bersuara kelak.
BACA: Proklamasi darurat: Jawatankuasa Khas Bebas ditubuhkan - PM
“Walaupun disebut-sebut bahawa Parlimen tidak bersidang tetapi darurat ini tidaklah terus menggantung Parlimen atau tutup terus ruang untuk persidangan Parlimen.
“Bahkan saya percaya jika ada satu keperluang dan dirasakan sesuai dan juga selamat, tiada masalah untuk Yang di-Pertuan Agong memanggil sidang Parlimen dalam tempoh darurat dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Ini kerana ordinan ini tidak menyekat sepenuhnya Parlimen dan DUN untuk bersidang,” katanya ketika bersiaran langsung dalam Buletin AWANI pada Ahad.
BACA: Ini yang anda perlu tahu mengenai Proklamasi Darurat
Tambahnya, meskipun negara kini berada dalam fasa darurat namun masih wujud elemen yang membuka ruang kepada semak dan imbang, berbeza dengan darurat lain yang pernah diisytiharkan sebelum ini di Malaysia.
“Dalam situasi sekarang, tentunya ia jauh berrbeza dengan zaman darurat sebelum ini kerana rakyat mempunyai ruang untuk bersuara secara terbuka dalam media sosial.
BACA: Proklamasi darurat bukan bermotifkan politik - Takiyuddin
BACA: Proklamasi Darurat: Kuasa Ordinan Darurat harus kepada pengawalan COVID-19 sahaja - Zahid
“Tentunya ini menggambarkan bahawa bentuk semak dan imbang tetap berlaku dan mungkin apa yang ditimbulkan berkait rapat dengan yang kita katakan persoalan kebebasan dari sudut ahli-ahli Parlimen untuk berikan pandangan dan sebagainya,” ujarnya.
Jelasnya, jika diperhatikan dari sudut kebebasan rakyat, beliau berkata tiada sebarang perubahan ketara yang berlaku.
BACA: Darurat: Majlis Peguam suara kebimbangan imuniti lindungi kerajaan daripada situasi akibat kecuaian
Astro AWANI semalam melaporkan Majlis Peguam menzahirkan kebimbangan mengenai imuniti diperuntukkan dalam Seksyen 10 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang memberi perlindungan penuh kepada kerajaan dan pegawainya daripada sebarang situasi yang timbul akibat kecuaian, termasuk membabitkan kesihatan.
Presidennya Salim Bashir dalam satu kenyataan yang disiarkan portal Malaysiakini berkata, pihaknya bimbang dengan perlindungan undang-undang yang diberikan kepada pegawai di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 sewaktu darurat berkuat kuasa.
Ujarnya lagi, imuniti seperti itu tidak seharusnya diberikan kerana seseorang individu harus bertanggungjawab terhadap kejadian yang tidak diingini sewaktu melaksanakan arahan kerajaan, sama ada dengan niat baik ataupun tidak.
Ridauddin Daud
Sun Jan 17 2021

Terdapat satu klausa dalam Ordinan Darurat 2021 yang menyebut sidang Parlimen boleh diadakan sekiranya difikirkan sesuai pada hemat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Gambar fail

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Rakyat Malaysia terjebak penipuan sindiket selamat pulang
25 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mywaddy, Myanmar selamat tiba di kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 12 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.
Suntikan dana RM1.1 bilion terhadap Sapura Energy bukan bailout
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy bukan bentuk ‘bailout’.

Kementerian Komunikasi tegas perangi kandungan berunsur fitnah dan hasutan - Teo
Kementerian Komunikasi tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara dengan menyebarkan kandungan yang berunsur fitnah dan hasutan.

Susulan kejayaan Kampung Angkat MADANI, PM seru sektor swasta ambil ‘sekolah angkat’
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan.
[TERKINI] Panel dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh, tiada maut
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang Rabu.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.

Mahkamah Korea Selatan perintah pembebasan Presiden Yoon
Mahkamah di Korea Selatan mengarahkan pembebasan Presiden Yoon Suk Yeol pada Jumaat selepas menerima permohonannya untuk membatalkan penahanan berhubung pengisytiharan darurat tentera.

Myanmar lanjut darurat selama enam bulan lagi
Pada mesyuarat NDSC di Nay Pyi Taw pada Jumaat, semua ahli yang hadir bersetuju untuk melanjutkan tempoh darurat.

Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.

Amerika dilanda musim sejuk melampau sejak 2011
Pihak berkuasa umumkan darurat di beberapa bahagian di AS iaitu Kentucky, Virginia, Kansas, Arkansas dan Missouri.

Ecuador isytihar darurat di tujuh wilayah
Noboa berkata bahawa peningkatan kadar jenayah dan kehadiran kumpulan bersenjata terancang menjadi faktor utama pengisytiharan itu.

Selesema burung, California isytihar darurat
Gabenor California Gavin Newsom pada Rabu mengisytiharkan darurat berikutan wabak selesema burung H5N1 yang telah menjangkiti 34 orang.

Vanuatu bergelut hadapi kesan gempa bumi yang ragut 14 nyawa
Negara Pasifik Selatan, Vanuatu, memohon bantuan antarabangsa selepas gempa bumi bermagnitud 7.3 meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa, termasuk dua rakyat China, serta merosakkan bangunan dan infrastru

Peru isytihar darurat di Callao untuk banteras jenayah terancang
Peru mengisytiharkan darurat di enam daerah wilayah pantai Callao berikutan peningkatan keganasan kumpulan jenayah terancang.

Presiden Yoon terima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Korea
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menerima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun.

Itali isytihar darurat ke atas dua wilayah dilanda banjir
Bantuan kecemasan sebanyak EUR20 juta (kira-kira AS$22 juta) diperuntukkan kepada wilayah-wilayah Emilia-Romagna dan Marche.