KUALA LUMPUR:Majlis Peguam menzahirkan kebimbangan mengenai imuniti diperuntukkan dalam Seksyen 10 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang memberi perlindungan penuh kepada kerajaan dan pegawainya daripada sebarang situasi yang timbul akibat kecuaian, termasuk membabitkan kesihatan.
Presidennya Salim Bashir dalam satu kenyataan yang disiarkan portal Malaysiakini hari ini berkata, pihaknya bimbang dengan perlindungan undang-undang yang diberikan kepada pegawai di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 sewaktu darurat berkuat kuasa.
Ujarnya lagi, imuniti seperti itu tidak seharusnya diberikan kerana seseorang individu harus bertanggungjawab terhadap kejadian yang tidak diingini sewaktu melaksanakan arahan kerajaan, sama ada dengan niat baik ataupun tidak.
"Klausa penolakan tidak semestinya melindungi pemerintah daripada disaman atas pelanggaran hak asasi manusia.
"Kuasa yang luas di bawah Ordinan (Darurat) ini, memberikan kesan yang menggerunkan kepada rakyat biasa, kerana semua kuasa tertumpu di cabang eksekutif," katanya lagi.
Dalam pada itu, Salim berkata, Majlis Peguam juga khuatir dengan kuasa menahan yang diberikan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepanjang tempoh pelaksanaan darurat.
Ujarnya lagi, pihaknya berpandangan pegawai dan anggota polis sudah terlatih untuk menangani masyarakat, sedangkan anggota tentera sebaliknya.
“Kami risau dengan kuasa berlebihan yang diberikan kepada pihak tentera sewaktu mereka melaksanakan tugas masing-masing. Majlis Peguam berharap hak asasi manusia tidak akan dikompromi sewaktu tempoh darurat,” tegasnya lagi.
Selain itu, Salim berkata, Majlis Peguam berpandangan sidang Parlimen perlu diteruskan bagi memastikan sistem semak dan imbang terus berfungsi seperti biasa.
Ujarnya lagi, kerajaan Persekutuan diharap tidak menyalah guna kuasa yang diperuntukkan dan terus memberi tumpuan untuk melakukan perkara yang perlu sahaja bagi menangani pandemik COVID-19.
Firdaus Azil
Sat Jan 16 2021

Salim berkata, imuniti seperti itu tidak seharusnya diberikan kerana seseorang individu harus bertanggungjawab terhadap kejadian yang tidak diingini. - Gambar/ Twitter

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Rakyat Malaysia terjebak penipuan sindiket selamat pulang
25 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mywaddy, Myanmar selamat tiba di kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 12 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.
Suntikan dana RM1.1 bilion terhadap Sapura Energy bukan bailout
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy bukan bentuk ‘bailout’.

Kementerian Komunikasi tegas perangi kandungan berunsur fitnah dan hasutan - Teo
Kementerian Komunikasi tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara dengan menyebarkan kandungan yang berunsur fitnah dan hasutan.

Susulan kejayaan Kampung Angkat MADANI, PM seru sektor swasta ambil ‘sekolah angkat’
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan.
[TERKINI] Panel dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh, tiada maut
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang Rabu.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.

Pendapat Tommy Thomas tidak tepat - Majlis Peguam
Majlis Peguam Malaysia berpendapat apa yang diperkatakan Tan Sri Tommy Thomas menerusi bukunya mengenai ketidakmampuan sikap, komitmen dan dedikasi pegawai AGC, adalah tidak tepat.

Darurat: Majlis Peguam suara kebimbangan imuniti lindungi kerajaan daripada situasi akibat kecuaian
Presiden Majlis Peguam Salim Bashir berkata, kuasa yang luas di bawah ordinan ini, memberikan kesan yang menggerunkan kepada rakyat biasa.

Majlis Peguam gesa penubuhan organisasi bebas luar untuk lindungi hak tahanan
Majlis Peguam Malaysia menggesa agar sebuah organisasi bebas dari luar ditubuhkan bagi menyiasat semua kematian dalam tahanan.

Kerajaan perlu pertimbang wujudkan undang-undang anti lompat parti - Majlis Peguam
Majlis Peguam Malaysia sekali lagi menggesa kerajaan agar mempertimbangkan penggubalan undang-undang anti lompat parti semasa persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.

Badan Peguam gesa kerajaan benarkan firma guaman beroperasi semasa PKP
Profesion perundangan tidak boleh menjalankan operasi seperti kebiasaan seperti yang dilakukan sebelum pandemik ini.

Badan Peguam Malaysia gesa badan kehakiman pertimbangkan semula arahan e-filing
Ahli Badan itu berdepan kesukaran untuk mematuhi tarikh akhir bagi pemfailan kes baharu dan dokumen lain di mahkamah menerusi e-filing susulan pelaksanaan perintah itu.