KUALA LUMPUR: Bermula hari ini, pesalah yang menghadapi hukuman penjara tiga tahun, layak untuk melakukan khidmat masyarakat, menurut Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021.
Sebelum ini, mereka yang menghadapi hukuman penjara hingga tiga bulan, memenuhi syarat untuk melakukan khidmat masyarakat.
Menurut Warta Kerajaan mengenai Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021 yang diterbitkan Jabatan Peguam Negara semalam, ia memperkenalkan pindaan kepada Seksyen 5 Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 yang menyatakan mahkamah boleh, selain hukuman atau komital berkenaan, membuat perintah kehadiran wajib yang menghendaki seseorang hadir setiap hari di pusat yang mereka harus melakukan kerja wajib selama tempoh tidak lebih 12 bulan dan tidak lebih empat jam setiap hari.
Mahkamah harus mempertimbangkan karakter individu terbabit, sifat dan keseriusan kesalahan dan semua keadaan lain yang berkaitan.
Sementara itu, menurut Seksyen 5A akta sama menyatakan ketua pengarah boleh, secara bertulis, memberi arahan untuk memindahkan mana-mana pesalah yang dikehendaki di bawah perintah kehadiran wajib untuk hadir setiap hari dari satu pusat ke pusat lain, atas permohonan yang dibuat pesalah atau sekiranya ketua pengarah merasakan perlu untuk melakukannya.
Ordinan itu diisytiharkan setelah Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa tindakan serta-merta adalah dikehendaki untuk menjamin dan memelihara keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam.
Pada 12 Jan lepas, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 16 2021

Mahkamah harus mempertimbangkan karakter individu terbabit, sifat dan keseriusan kesalahan dan semua keadaan lain yang berkaitan.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Darurat: Pesalah dihukum penjara tiga tahun dibenarkan jalani khidmat masyarakat
Sebelum ini, mereka yang menghadapi hukuman penjara hingga tiga bulan, memenuhi syarat untuk melakukan khidmat masyarakat.