PUTRAJAYA: Dasar atau model gaji progresif akan dibentang kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) 7 Ogos ini bagi mendapatkan keputusan dasar sebelum ia boleh dilaksanakan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Bercakap kepada media selepas Majlis Pengumuman Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 di sini hari ini, beliau berkata perbincangan antara kementerian terlibat sudah selesai.
"Apabila keputusan dasar telah diperoleh maka kita boleh umumkan beberapa hala tuju yang utama mengenai gaji progresif," katanya.
Rafizi berkata antara cadangan awal yang dipertimbang ialah kertas putih mengenai kedudukan gaji rakyat dibentang di Parlimen pada September depan manakala libat urus dan perbincangan antara pihak majikan dan pekerja dimulakan.
Beliau berkata walaupun menyedari ada kebimbangan di pihak majikan bahawa pelaksanaan dasar gaji progresif akan menyebabkan kos operasi perniagaan meningkat, kerajaan yakin perkara itu akan dapat diatasi.
"Saya yakin apabila model atau dasar gaji progresif itu kita berjaya dapat keputusannya dan diumumkan konsepnya, majikan juga akan turut gembira.
"Pekerja mahupun majikan akan menerima baik model gaji progresif yang akan kita cadangkan selepas dapat keputusan dasar," katanya.
Sebelum ini Rafizi berkata dasar atau model gaji progresif akan dibangunkan secara bersama membabitkan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Sumber Manusia.
Sistem gaji progresif adalah peralihan daripada model pemberian upah minimum kepada kenaikan gaji secara berperingkat dan berfasa supaya setanding dengan pertumbuhan ekonomi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023

Rafizi berkata perbincangan antara kementerian terlibat sudah selesai. -Gambar fail/Bernama
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Peniaga sambut baik keputusan PM naik gaji minimum
Peniaga restoran, pemilik tadika dan pekerja berpendapat pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan memberi manfaat dan impak positif.

Kerajaan lihat keperluan panjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.

Dasar Gaji Progresif: Kementerian Ekonomi, Kesuma tumpu pembinaan sistem yang lebih teguh
Kementerian Ekonomi, Kesuma sedang membina sistem yang lebih baik bagi memastikan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif berkesan pada hujung 2024.

Penilaian impak projek rintis Dasar Gaji Progresif dibuat Sept ini
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata sehingga 25 Jun seramai 732 majikan telah membuka akaun menerusi Sistem Gaji Progresif.

Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.

Empat jawatankuasa ditubuh bagi nilai impak projek rintis Dasar Gaji Progresif
Empat Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan merentas kementerian dan agensi ditubuhkan untuk memperincikan mekanisme pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.

Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif tidak wajib - Rafizi
Kerajaan tidak boleh mewajibkan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif kerana perlu mengambil kira kemampuan syarikat, majikan dan ekonomi negara.

Pandangan kesatuan pekerja penting dalam penggubalan Dasar Sumber Manusia - Cuepacs
Kementerian Sumber Manusia (KSM) diharap sentiasa mengambil kira pandangan kesatuan pekerja terutama dalam menggubal Dasar Sumber Manusia baharu.

Laksana segera projek perintis Dasar Gaji Progresif - Steven Sim
Menteri Sumber Manusia mengarahkan kementerian itu untuk melaksanakan segera projek perintis Dasar Gaji Progresif.

Pastikan dua juta pekerja asing tidak jadi tantangan laksanakan gaji progresif - Penganalisis
Kerajaan perlu memastikan keberadaan dua juta pekerja asing dalam negara tidak menjadi tantangan kepada pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.