BALING: Majlis Daerah Baling telah mengesan aliran air yang membawa sama pasir menyebabkan Sungai Baling, Sungai Ketil dan Sungai Kupang menjadi cetek menjadi punca banjir kilat sering berlaku.
Pegawai Daerah Baling, Mohd Shahadan Abdullah, berkata lambakan pasir ini turut menjadi penampan ketika banjir puing berlaku sehingga menyebabkan banyak puing pasir.
Beliau berkata, taburan hujan lebat ditambah jumlah kuantiti air yang semakin meningkat menyebabkan sistem perparitan yang ada tidak mampu menampung kuantiti air.
Mohd Shahadan berkata, langkah drastik telah diambil agensi teknikal dari Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) melakukan kerja-kerja mendalamkan sungai dan mengeluarkan pasir dari kawasan itu dilaksanakan segera, sebagai langkah mengurangkan risiko banjir kilat.
"Kita mendapati jajaran sungai sama ada Sungai Kupang, Sungai Ketil dan Sungai Baling, defisit pasir di dalamnya mungkin meningkat sepanjang masa.
"Jadi perlu ada langkah drastik bagaimana kita mahu minimumkan defisit itu supaya sungai kita boleh berfungsi pada skala yang asal, boleh menampung isi padu air yang lebih banyak," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan agensi sekretariat bencana daerah Baling di Kompleks Rakan Muda Batu 42, pada Selasa.
Beliau mengakui, kerja-kerja tersebut mungkin mengambil masa berikutan kapasiti tanah serta pasir yang terlalu banyak memenuhi sungai.
"Di peringkat Sungai Kupang bawah JPS, ada 17 projek di bawah JPS, dan projek tersebut adalah untuk mendalam dan mengukuhkan tebing Ini secara terus, defisit pasir itu akan digunakan untuk memperkukuhkan tebing.
"Tujuh projek di bawah Sungai Kupang yang melibatkan Kampung Iboi, memang defisit itu dikeluarkan dengan kebenaran kerajaan dan telah pun dipersetujuai melantik sebuah anak syarikat kerajaan negeri untuk mengeluarkan pasir tersebut dan dibenarkan untuk dijual dengan royalti kepada kerajaan," katanya.
Sementara itu, Mohd Shahadan meminta penduduk turut memainkan peranan yang sangat aktif iaitu sentiasa melakukan pembersihan di kawasan sungai perkampungan masing-masing supaya memudahkan aliran air apabila berlaku hujan yang lebat
Katanya, apabila sistem perparitan dan saliran dapat berfingsi dengan efisien ia dapat mengurangkan risiko banjir.
BACA: Paras Sungai Ketil semakin naik, jumlah mangsa banjir meningkat
Ahad lalu daerah itu dilanda banjir kilat mengakibatkan seramai 154 orang mangsa dari 49 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kompleks Rakan Muda Batu 42 selepas rumah mereka dinaiki air.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Oct 11 2022

Taburan hujan lebat ditambah jumlah kuantiti air yang semakin meningkat menyebabkan sistem perparitan yang ada tidak mampu menampung kuantiti air. - Foto APM
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.

Mangsa banjir di Sabah meningkat sedikit pagi ini
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid yang menempatkan 340 orang daripada 100 keluarga.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 262 orang
Seramai 251 orang daripada 76 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Telupid.

Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya, tiga PPS ditutup tengah hari ini
Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 62 mangsa daripada 17 keluarga semalam, ditutup pada 12 tengah hari tadi.

Sebanyak RM22 bilion laksana projek RTB di seluruh negara - Ahmad Zahid
Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah banjir dengan memperuntukkan RM22 bilion untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.