KUALA LUMPUR: Perancangan kerajaan berkaitan dasar menangguh atau membatalkan projek-projek baharu dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang rasmi Parlimen, soalan berhubung perkara itu diajukan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri yang mahu Perdana Menteri menyatakan perkara tersebut serta menamakan projek berkenaan dengan kos yang dijimatkan.
Turut tersenarai, soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) kepada Menteri Kanan Pertahanan yang mahu tahu bentuk perancangan kerjasama ketenteraan trilateral (TCA) antara Filipina, Indonesia dan Malaysia serta sama ada kerjasama ketenteraan akan dilanjutkan kepada negara-negara ASEAN lain.
Pada sesi soal jawab pula, Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah peruntukan untuk bantuan banjir yang telah disalurkan ke negeri-negeri terkesan bagi mangsa banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2021/2022.
Selain itu, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli (PH-Lumut) meminta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan langkah diambil bagi menangani isu 50,000 kontraktor Bumiputera yang akan gulung tikar akibat kenaikan harga barangan binaan.
Selesai sesi berkenaan, Kementerian Kesihatan dijangka membentangkan untuk bacaan kali kedua serta dibahas Ahli-Ahli Parlimen bagi Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2022.
Turut menarik perhatian, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang tersenarai di nombor enam aturan mesyuarat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini berkata rang undang-undang berkenaan dicadang untuk dibahaskan pada 27 dan 28 Julai, tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Selain itu, beliau berkata mesyuarat juga mencadangkan garis masa libat urus Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bersama Ahli Dewan Rakyat kerajaan diadakan 25 Julai dan libat urus bersama Ahli Dewan Rakyat pembangkang, pada 26 Julai.
Wan Junaidi berkata setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, rang undang-undang berkenaan akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di antara 11 hingga 26 Ogos untuk diperkenankan dan pewartaannya dijangka dilaksanakan antara 29 Ogos hingga 2 Sept ini.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari hingga 4 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
![Dasar tangguh, batal projek baharu antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Dasar tangguh, batal projek baharu antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Pada sesi soal jawab pula, Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari minta Perdana Menteri nyatakan jumlah peruntukan untuk bantuan banjir yang disalurkan ke negeri-negeri terkesan. - Gambar fail
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730555789_TBTPMBETONG.jpg)
KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Sarawak dilaksanakan sepenuhnya sebelum RMK13 bermula.
![Kerajaan lulus RM1 bilion untuk pendidikan Terengganu di bawah RP4 Kerajaan lulus RM1 bilion untuk pendidikan Terengganu di bawah RP4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709986876_ZukiAli.jpg)
Kerajaan lulus RM1 bilion untuk pendidikan Terengganu di bawah RP4
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi projek Rolling Plan 4 (RP4) di bawah Kementerian Pendidikan untuk Terengganu.
![Highlands Parkcity bangunkan CBD bersepadu pertama di Genting Highlands Highlands Parkcity bangunkan CBD bersepadu pertama di Genting Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689581737_GentingHighlands.jpg)
Highlands Parkcity bangunkan CBD bersepadu pertama di Genting Highlands
Highlands Parkcity Sdn Bhd berada di landasan untuk membangunkan King's Park, daerah pusat perniagaan (CBD) pertama di Genting Highlands.
![PRN: 'Jangan buat keputusan penting atau umum projek' - BERSIH PRN: 'Jangan buat keputusan penting atau umum projek' - BERSIH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665032843_bersih.jpg)
PRN: 'Jangan buat keputusan penting atau umum projek' - BERSIH
Selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri, kesemua kerajaan negeri hanyalah berstatus kerajaan sementara.
![Penduduk bantah pembinaan kondo, bimbang keselamatan pelajar, kesesakan makin teruk Penduduk bantah pembinaan kondo, bimbang keselamatan pelajar, kesesakan makin teruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664448362_BantahkondoBatu.jpg)
Penduduk bantah pembinaan kondo, bimbang keselamatan pelajar, kesesakan makin teruk
Projek baharu bakal dibina namun tidak sedikit pun mereka gembira kerana dakwa penduduk, ia hanya menambah masalah kepada masalah yang sudah ada, kesesakan jalan yang teruk.
![Dasar tangguh, batal projek baharu antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Dasar tangguh, batal projek baharu antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Dasar tangguh, batal projek baharu antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Fahmi Fadzil minta Perdana Menteri nyatakan mengenai dasar tersebut dan namakan projek baharu serta kos yang dijimatkan.
![Pastikan projek ECRL, MRT3 tidak timbulkan bencana alam yang lebih teruk - Sultan Sharafuddin Pastikan projek ECRL, MRT3 tidak timbulkan bencana alam yang lebih teruk - Sultan Sharafuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647235817_SultanSelangor.jpg)
Pastikan projek ECRL, MRT3 tidak timbulkan bencana alam yang lebih teruk - Sultan Sharafuddin
Pelbagai perkara perlu diambil kira terutamanya kesan ke atas impak sosial dan alam sekitar yang perlu dipelihara serta tidak menjejaskan kesejahteraan generasi akan datang.
![SP Setia dijangka lancar projek baharu dengan GDV RM4.25 bilion bagi FY2022 SP Setia dijangka lancar projek baharu dengan GDV RM4.25 bilion bagi FY2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646101471_SPSetia.jpg)
SP Setia dijangka lancar projek baharu dengan GDV RM4.25 bilion bagi FY2022
Sebahagian 58% daripada projek baharu itu melibatkan projek pembangunan hartanah di bawah harga RM1 juta.
![OPEC Plus kritik cadangan badan tenaga antarabangsa OPEC Plus kritik cadangan badan tenaga antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71622759778_TBAbdulazizSalman.jpg)
OPEC Plus kritik cadangan badan tenaga antarabangsa
Menteri Tenaga Arab Saudi Putera Abdulaziz Salman menyatakan, inisiatif itu tidak realistik dan negaranya merancang untuk meningkatkan pengeluaran minyak di masa depan.
![RM100 juta bagi pelaksanaan projek baharu - Azmin RM100 juta bagi pelaksanaan projek baharu - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61570243849_AzminAli.jpg)
RM100 juta bagi pelaksanaan projek baharu - Azmin
Bagaimanapun, bagi projek yang sedang berjalan dan sambungan, kementeriannya akan berunding dengan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan peruntukan tambahan.