Dasar tawaran tender secara terbuka untuk setiap projek persekutuan dan negeri yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meminggirkan kontraktor Bumiputera di negara ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata terdapat kekeliruan dari segi pemahaman masyarakat mengenai konsep tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan dan beranggapan bahawa ia akan membuatkan kontraktor Bumiputera terpinggir.
"Apabila kita sebut mengenai tender terbuka, yang kita maksudkan ialah ia terbuka dalam kalangan kontraktor Bumiputera sahaja, bukanlah secara terbuka (kepada kaum-kaum lain) seperti yang dianggap oleh pihak-pihak tertentu.
"Konsep ini kita telah laksanakan di Pulau Pinang, dan saya rasa hasilnya adalah lebih baik (berbanding tender tertutup), kerana kita dapat memastikan bahawa setiap kontrak diberikan secara kompetitif," katanya dalam program Bicara Khas terbitan RTM1 di sini, malam tadi.
Lim berkata, semasa beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang lebih 90 peratus projek kerajaan negeri dimenangi oleh kontraktor Bumiputera, membuktikan bahawa mereka mempunyai daya saing yang baik.
"Janganlah pandang rendah kemampuan kontraktor Bumiputera. Di Pulau Pinang, mereka telah membuktikan kesanggupan dan kebolehan mereka (untuk bersaing)," katanya.
Sementara itu, katanya, kerajaan juga akan terus memberikan penekanan terhadap golongan wanita, peneroka Felda dan projek infrastruktur, khususnya yang berkaitan kemudahan asas yang memberi manfaat kepada rakyat.
"Kita nak buat demi rakyat, untuk rakyat, bukan untuk kroni-kroni tertentu. Supaya rakyat boleh rasa, selepas lima tahun, adakah kehidupan mereka lebih baik berbanding sekarang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 03 2018

Lim berkata, kerajaan akan terus memberikan penekanan terhadap golongan wanita, peneroka Felda dan projek infrastruktur, khususnya yang berkaitan kemudahan asas yang memberi manfaat kepada rakyat. - Gambar fail
Dewan Rakyat: isu RUU pembaharuan semula bandar, banjir antara tumpuan hari ini
Isu berkait cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar dan langkah proaktif bagi menangani banjir pada musim monsun dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Amerika tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB
Keputusan AS tolak resolusi yang disokong Ukraine itu meletakkan Washington dalam kedudukan bertentangan dengan sekutu tradisionalnya di Eropah.
Pasca perang Syria: EU gantung sebahagian sekatan terhadap Syria
Kesatuan Eropah (EU) menggantung pelbagai sekatan terhadap Syria berkuat kuasa serta-merta pada Isnin, termasuk sekatan berkaitan tenaga, perbankan, pengangkutan, dan pembinaan semula.
A.S tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB
Amerika Syarikat bergabung dengan Rusia untuk mengundi menentang resolusi Perhimpunan Agung PBB yang mengutuk perang Rusia terhadap Ukraine pada Isnin, dalam perubahan mengejut daripada dasar Amerika Syarikat selama bertahun-tahun.
Konflik di Ukraine: Trump: Putin terima cadangan eropah hantar pasukan pengaman
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin, menerima cadangan Eropah untuk menghantar pasukan pengaman ke Ukraine sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata.

Muat naik kandungan palsu Majlis Raja-Raja: Individu gagal hadir ke mahkamah ditangkap
Tangkapan terhadap individu itu dilakukan sejurus waran tangkap dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Sepang pada Isnin.

Agong zahir ucapan tahniah kepada JDT juarai Liga Super 2024-2025
Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak JDT FC atas kejayaan mereka menjuarai Liga Super 2024-2025.

PRK DUN Ayer Kuning: UMNO Perak optimis, namun tidak pandang mudah pihak lawan
Tumpuan akan terarah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi baharu di kawasan DUN berkenaan.

KKM teliti gabung fungsi penguatkuasaan kesihatan awam dan penjajaran jawatan PKP/PPKP
Cadangan itu telah dikemukakan oleh CUEPACS kepada Kementerian Kesihatan.

17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
Ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah melibatkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

MARA sasar RM50 juta kutipan Wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.

UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.

Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.

Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.

Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.

Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.

Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.

Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.