SHAH ALAM :Penggunaan teknologi dalam mengesan keadaan jalan berlubang di negara ini mampu menjimatkan masa pihak terlibat khususnya bagi membendung insiden tidak diingini sehingga tercetus korban jiwa.
Ketua Pegawai Eksekutif Inference Tech Sdn Bhd, Izad Che Muda berkata, penggunaan sistem kecerdasan buatan (AI) tidak memerlukan masa yang begitu panjang berbanding manual.
“Kita gunakan teknologi tersebut untuk kesan jalan berlubang dan rosak secara automatik menggunakan kamera ‘dashcam’ (kamera papan pemuka).
“Dengan adanya teknologi ini kita tidak perlu lagi bergantung kepada aduan daripada rakyat dan ia akan terus disalurkan kepada pihak berkuasa termasuk lokasi dan jenis kerosakan,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Khamis.
Menurut Izad, sistem tersebut turut mengumpulkan data aduan orang ramai berhubung isu kerosakan sebelum ia disalur terus kepada pihak berwajib.
Setakat ini, sistem berkenaan telah diguna pakai oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor yang memberi tumpuan di kawasan Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
Untuk rekod, dua kawasan itu sahaja telah mencatatkan lebih 1,000 kes kemalangan melibatkan isu jalan berlubang dan rosak.
Sementara itu, Izad turut memberi penjelasan mengenai isu komunikasi yang mengakibatkan aduan orang ramai tidak sampai kepada saluran yang sepatutnya.
“Ramai yang salah anggap bila isu kerosakan jalan pihak yang bertanggungjawab adalah syarikat konsesi di bawah JKR dan peruntukan membaiki jalan dikeluarkan pihak JKR,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berpendapat kualiti bahan bagi pembaikan jalan perlu ditambah baik khususnya di kawasan pedalaman dan laluan kenderaan berat yang menyebabkan kejadian sama berulang.
Hilmi Malik
Thu Jan 07 2021
!['Dashcam' ciptaan anak tempatan bantu kesan jalan berlubang 'Dashcam' ciptaan anak tempatan bantu kesan jalan berlubang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51610022278_IzadCheMuda.jpg)
Izad menjelaskan penggunaan teknologi AI bantu mengesan jalan berlubang dengan lebih sistematik.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Penunggang motosikal maut langgar lubang jalan di Kota Kinabalu Penunggang motosikal maut langgar lubang jalan di Kota Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738588118_langgarlubang.jpg)
Penunggang motosikal maut langgar lubang jalan di Kota Kinabalu
Mangsa ketika itu sedang dalam perjalanan dari arah City Mall menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
![Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berikutan hujan lebat berterusan Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berikutan hujan lebat berterusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653307759_pothole.jpg)
Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berikutan hujan lebat berterusan
Hampir 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura dalam 12 hari pertama Januari 2025 berikutan hujan lebat yang berterusan.
![SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732664298_AhmadMaslan.jpg)
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
![Kempen MYJalan manifestasi KKR sedia infrastruktur selamat, selesa kepada rakyat Kempen MYJalan manifestasi KKR sedia infrastruktur selamat, selesa kepada rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724486674_TBNANTALINGGI.jpg)
Kempen MYJalan manifestasi KKR sedia infrastruktur selamat, selesa kepada rakyat
Meskipun hanya sebesar tapak tangan, kerosakan jalan raya yang tidak diselenggarakan boleh mengundang nahas dan menyebabkan kehilangan nyawa atau kecacatan kekal.
![Remaja wanita maut digilis, motosikal terjatuh langgar lubang Remaja wanita maut digilis, motosikal terjatuh langgar lubang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721894658_tbjalanberlubang.jpg)
Remaja wanita maut digilis, motosikal terjatuh langgar lubang
Seorang wanita maut setelah motosikal yang ditunggang hilang kawalan akibat terlanggar lubang di bahu jalan, sebelum digilis sebuah kereta dekat Jalan Ipoh-Lumut, di sini pada Rabu.
![Video tular: ECRL diarah segera baiki jalan berlubang Video tular: ECRL diarah segera baiki jalan berlubang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719219939_jalanberlubang.jpg)
Video tular: ECRL diarah segera baiki jalan berlubang
ECRL diarahkan membaik pulih tampalan pada jalan berlubang di Jalan Hj Abdul Manan (Jalan Negeri), Klang dengan segera.
![Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000 Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713953900_courtgavelmahkam.jpg)
Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.
![Jalan rosak: KKR, MoT, KPKT kukuh jalinan kerjasama Jalan rosak: KKR, MoT, KPKT kukuh jalinan kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712041673_TBKKRjpg.jpg)
Jalan rosak: KKR, MoT, KPKT kukuh jalinan kerjasama
Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan perbincangan semalam dalam usaha mengukuhkan lagi jalinan kerjasam.
![Warga emas patah tangan, enam jahitan jatuh langgar lubang Warga emas patah tangan, enam jahitan jatuh langgar lubang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704074666_langgarlubang.jpg)
Warga emas patah tangan, enam jahitan jatuh langgar lubang
Mohd Razali dirawat di Hospital Gua Musang sejak tengah hari Sabtu dan setakat malam tadi masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
![Kerajaan akan salur peruntukan selenggara laluan Persekutuan di Pelabuhan Klang Kerajaan akan salur peruntukan selenggara laluan Persekutuan di Pelabuhan Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700721157_TBPelabuhanKlang.jpg)
Kerajaan akan salur peruntukan selenggara laluan Persekutuan di Pelabuhan Klang
KKR dan Kementerian Pengangkutan akan memberi fokus kepada penyaluran peruntukan RM50 juta bagi menyelenggara Laluan Persekutuan yang sering digunakan oleh kenderaan berat di Pelabuhan Klang.