Bekas Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu menggantikan Datuk Hamza Taib yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.
Majlis serah terima tugas antara Hamza dan Jalaluddin berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah hari ini dan disaksikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rashid.
Jalaluddin dalam ucapannya menganggap tugas baharunya itu sebagai amat berat namun berazam untuk melaksanakan peranan, tugas dan kepercayaan kerajaan dan rakyat kepada beliau dengan sebaik-baiknya.
"Sebagai seorang ketua yang menjalankan tugas-tugas sebagai ketua polis negeri, bermakna saya perlu menjadi seorang ketua yang terbaik dalam mentadbir dan menguruskan perjalanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan harapan untuk menjadikan PDRM ini sentiasa dipandang tinggi dan dihormati oleh seluruh masyarakat di negara ini," katanya.
Jalaluddin juga berikrar untuk melaksanakan tugas dengan jujur, bersungguh-sungguh dan berharap semua warga PDRM Sabah akan memberinya kerjasama dan komitmen padu bagi membolehkan segala agenda, perancangan serta dasar yang telah diatur dapat dilaksana dengan sebaik-baiknya.
"Bagi saya, tidak ada kerja atau tugas rutin dalam diari saya. Semua tugas adalah penting dan semua tanggungjawab itu mesti diberi keutamaan. Itulah amalan saya selama ini dan berharap agar Allah memberikan saya kudrat dan hidayah untuk terus berkeupayaan tinggi menjadi ketua yang baik kepada warga PDRM Kontinjen Sabah," katanya.
Jalaluddin pernah bertugas di Sabah sebagai pegawai polis marin dari 1978 hingga 1990.
Sementara itu, ketika bertemu pemberita kemudian, Hamza berkata sepanjang pengalamannya sebagai pegawai polis selama 39 tahun, menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah selama tiga tahun lapan bulan merupakan tugas yang paling mencabar kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai peristiwa sepanjang tempoh berkenaan.
"Perkara yang tidak akan saya lupakan ialah sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah, saya telah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan saya. Pencerobohan (pengganas) di Lahad Datu dan proses pilihan raya umum Ke-13 telah berjaya kita tangani dengan baik," katanya.
Bernama
Mon Jun 30 2014

Datuk Jalaluddin Abdul Rahman (kanan) bakal menggantikan Datuk Hamza Taib sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baru. --Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilantik Pesuruhjaya Polis Sabah yang baru
Bekas Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu menggantikan Datuk Hamza Taib.