IPOH: Kartunis tersohor tanah air, Datuk Mohd Nor Khalid atau dikenali sebagai ‘Datuk Lat’ menjadi individu pertama di Perak yang mendapat gelaran Seniman Diraja daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Datuk Lat, 72, berkata beliau tidak menyangka bahawa dirinya akan menerima pengiktirafan berkenaan selain menzahirkan penghargaan kepada Baginda kerana berkenaan untuk menghargai jasa anak-anak seni.
“Tentang gelaran Seniman Diraja ini saya akan teringat kepada rakan-rakan saya yang dapat gelaran seperti ‘Pelukis Diraja’ dan sebagainya.
“Malah, jika di Selangor, Johor dan negeri-negeri lain kita lihat sumbangan karya seniman dan pengkarya dalam kalangan rakyat memang diiktiraf oleh Istana. Justeru saya mengucapkan syukur dan menjunjung kasih kepada baginda (atas gelaran Seniman Diraja),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Galeri Rumah Lat di sini yang disempurnakan Sultan Nazrin, pada Sabtu.
Pada majlis berkenaan baginda berkenan mengumumkan gelaran Seniman Diraja untuk diberikan kepada Datuk Lat sebagai menghargai peranan dan sumbangan besarnya dalam dunia seni sehingga mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Dalam pada itu, anak kelahiran Kota Bharu, Gopeng itu berkata beliau gembira selepas penantian lebih 10 tahun, Galeri Rumah Lat akhirnya menjadi realiti dan mula dibuka kepada umum.
Ujar Datuk Lat, idea asal pembinaan galeri itu datang daripada Sultan Nazrin sendiri ketika baginda masih menjadi Raja Muda Perak sebelum ini.
“Baginda bertitah untuk ada sebuah galeri yang menempatkan semua hasil karya dan lukisan saya di Meru Raya, Ipoh.
“Dan selepas itu, saya mengadakan pelbagai siri perbincangan dengan kerajaan negeri untuk merealisasikannya. Akhirnya, saya mencadangkan agar ia dapat dibina di Batu Gajah yang mana terletak kira-kira 30 minit dari kampung kelahiran saya di Kota Bharu,” katanya.
Tambahnya lagi, beliau berharap agar Galeri Rumah Lat bukan sahaja dapat dijadikan sebagai galeri pameran malah turut dapat dijadikan lokasi kelas bengkel seni kepada golongan muda.
Sementara itu, anak bongsu daripada empat anak kepada Datuk Lat, Hadi Mohd Nor, 32, turut berkongsi perasaan gembira yang sama selain menyifatkan ia sebagai usaha mengenang segala hasil seni dan pencapaian bapanya.
“Sejak idea membina galeri itu timbul, beliau tidak berhenti daripada bercakap tentangnya kerana terlalu teruja. Dan hari ini, kami gembira akhirnya Galeri Rumah Lat siap dan boleh menerima kunjungan orang ramai,” katanya yang juga merupakan seorang penulis skrip.
Galeri Rumah Lat di bawah pengurusan Lembaga Muzium Negeri Perak dibina di atas tanah berkeluasan 0.0412 hektar itu menempatkan kesemua hasil karya seni yang dihasilkan Datuk Lat pada sepanjang tempoh kariernya sejak dari tahun 1962.
Terletak di Jalan Bemban dan kira-kira 21 kilometer dari Bandar Raya Ipoh, Galeri Rumah Lat turut terdiri daripada ruang pameran, pejabat, kafe, serta kedai cenderahati.
Galeri Rumah Lat dibuka setiap hari, dari jam 8 pagi sehingga 6 petang.
Amirrul Rabbani
Sat Jul 08 2023

Datuk Lat ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Galeri Rumah Lat di Ipoh yang disempurnakan Sultan Nazrin, pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Anugerah Seniman Negara penghargaan kepada pelukis komik - Lat
Lat sifatkan Anugerah Seniman Negara yang diterima beliau bukti pelukis komik turut diiktiraf setaraf dengan penggiat seni dan budaya lain.

Datuk Lat terima Anugerah Seniman Negara 2024
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan Anugerah Seniman Negara kesembilan kepada Datuk Lat pada Majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 malam ini.

Mufti Perak dahului penerima darjah kebesaran, Lat dikurnia watikah gelaran Seniman Diraja
Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan mengurniakan Watikah Gelaran Seniman Diraja kepada kartunis tersohor negara, Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat.

Datuk Lat syukur terima gelaran Seniman Diraja
Datuk Lat menjadi individu pertama di Perak yang mendapat gelaran Seniman Diraja daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sultan Perak berkenan rasmi Galeri Rumah Lat
Galeri di Jalan Bemban, Batu Gajah itu menempatkan kesemua hasil karya seni yang dihasilkan Datuk Lat pada sepanjang tempoh kariernya sejak dari tahun 1962.

Wartawan mengajar saya jadi manusia berani, bertanggungjawab - Datuk Lat
Menurut Datuk Lat, kerjaya wartawan disifatkan satu cabaran, kerana mereka perlu mengharungi bahaya termasuk merisikokan diri demi tugas.

'Kalau dia pegang gitar, jadilah lagu' - Lat kongsi kehebatan Mamat Khalid
Kartunis negara, Datuk Mohammad Nor Khalid mengambarkan adiknya, Allahyarham Mamat Khalid sebagai seorang yang cukup berbakat.

Keluar album bantu cari dana pusat tahfiz
Pusat Tahfiz Al-Ulya melancarkan sebuah album mini 'Bismillah' sebagai inisiatif pencarian dana bagi menampung keperluan tahfiz berkenaan.

Perpecahan umat Islam merunsingkan - Tokoh Maal Hijrah Perak
Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak 1400H, Ahmad Awang menyifatkan perpecahan di kalangan umat Islam, termasuk di Malaysia sekarang ini sebagai merunsingkan.

Galak anak-anak untuk terus bergaul, ambil kebaikan dari setiap kaum - Datuk Lat
Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak mereka untuk terus bergaul di antara satu sama lain untuk terus memupuk semangat perpaduan di dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.