KUALA LUMPUR: Seramai 10 individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket yang menawarkan perkhidmatan pembayaran pertukaran proses kewangan (FPX) untuk aktiviti perjudian dalam talian.
Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara Bukit Aman, Datuk Mohammed Hasbullah Ali berkata, pihaknya telah menahan sembilan lelaki dan seorang wanita berusia 27 tahun hingga 49 tahun secara berasingan sekitar Lembah Klang pada 28 Januari hingga 31 Januari lalu.
"Semua individu berkenaan terdiri daripada pembangun perisian, pemilik syarikat, pengendali, akauntan dan kerani," katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.
Mohammed Hasbullah berkata, pihaknya telah merampas sembilan unit telefon bimbit, tiga peralatan komputer, empat set dokumen, dua utas jam tangan, 10 buah kenderaan mewah dan wang tunai berjumlah RM325,000.
"Kita turut melaksanakan tindakan pembekuan ke atas 42 akaun bank berjumlah RM18,290,623 yang dipercayai hasil daripada aktiviti perjudian dalam talian," katanya.
Mohammed Hasbullah berkata, berdasarkan risikan, sindiket itu mula beroperasi pada pertengahan 2022 dengan berselindung di sebalik sebuah syarikat.
"Syarikat itu membangunkan satu platform FPX bernama MyPay88 yang digunakan sebagai medium untuk pemain judi membuat bayaran bagi memulakan suatu pertaruhan," katanya.
Beliau berkata, sindiket tersebut berjaya melakukan transaksi sehingga mencecah RM576 juta setahun hasil daripada kadar perolehan (turnover).
"Kita turut mengesan 40 perjudian dalam talian yang menggunakan sistem tersebut sebagai platform pembayaran mereka.
"Platform berkenaan akan menerima komisyen dua peratus bagi setiap transaksi yang dilakukan, akaun yang disediakan oleh sistem berkenaan adalah akaun keldai dan dijana secara automatik," katanya.
Menurutnya, setakat ini, masih ada lagi transaksi dilakukan di gerbang pembayaran terbabit dan kita kesan ia berjumlah keseluruhan RM21 juta.
"Kejayaan tangkapan ini adalah kejayaan pertama dan rampasan terbesar yang pernah dibuat membabitkan sindiket FPX.
"Sindiket ini dikenal pasti menyalahgunakan kelompongan sistem pembayaran atas talian untuk membantu aktiviti perjudian dalam talian dan jenayah lain," katanya.
Mohammed Hasbullah berkata, kesemua individu berkenaan direman selama tiga hingga 11 hari bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 4(1)(g) akta sama serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001)," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 06 2024

Mohammed Hasbullah menunjukkan antara kenderaan mewah yang dirampas di ketika mengadakan sidang media di Menara KPJ pada Selasa. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis
Kesemua mereka yang berusia 27 hingga 41 tahun didakwa tidak berpuas hati selepas pihak polis ingin melakukan pemeriksaan terhadap mereka.