KANGAR: Kementerian Pendidikan (KPM) julung kalinya menganjurkan Daurah Hadis 40 Imam Nawawi Peringkat Kebangsaan 2024 dalam usaha memartabatkan dan meningkatkan penghayatan guru terhadap hadis itu sekali gus menjadi rujukan pelajar Islam bagi membentuk sahsiah diri.
Penganjuran Daurah Hadis 40 Imam Nawawi yang berlangsung di sini selama tiga hari bermula Selasa merupakan kerjasama dengan beberapa pihak termasuk Jabatan Mufti Negeri Perlis.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, program itu juga bagi berkongsi pandangan dan menambah baik Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang telah disiapkan KPM untuk dihayati guru kemudian diajar kepada pelajar Islam di sekolah masing-masing.
"Pelaksanaan program ini sangat penting bagi memastikan penghayatan terhadap Hadis 40 Imam Nawawi dapat dilaksanakan dan diterjemahkan dengan lebih baik dalam kalangan murid.
"Alhamdulillah, dengan kerjasama beberapa pihak seperti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Mufti Perlis, JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan JAIPs (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis) daurah ini akan diisi dengan pelbagai ceramah (oleh beberapa) ahli akdemik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri program berkenaan, di sini, pada Selasa yang turut disertai Mufti Perlis, Prof Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.
Fadhlina berkata, peserta daurah terdiri daripada wakil sekolah yang akan berperanan sebagai jurulatih untuk membimbing ustaz dan ustazah di sekolah masing-masing selepas ini bagi memastikan penghayatan terhadap hadis berkenaan dapat direalisasikan.
Sementara itu, Mohd Asri pada sidang akhbar yang sama berkata penganjuran daurah itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk mendengar kepelbagaian pandangan dalam usaha membantu ke arah keberkesanan penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.
Mufti Perlis itu berkata, beliau percaya sekiranya penghayatan hadis itu berjalan dengan baik dan menjadi legasi pendidikan, ia akan menjadi satu daripada sumbangan terbesar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bidang pendidikan di negara ini.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri (Pendidikan) dan kerajaan atas kesudian memilih Perlis sebagai satu daripada tempat untuk membahaskan Hadis 40 ini...selepas ini saya pasti KPM akan buat di tempat lain, dengan itu maka ada kepelbagaian pandangan untuk membantu ke arah keberkesanan penghayatannya.
"Saya percaya kalau hadis ini berjalan dengan baik dan menjadi satu legasi dalam pendidikan, ia akan jadi satu sumbangan terbesar oleh Perdana Menteri kerana Hadis 40 Imam Nawawi ini tidak ada orang boleh menolaknya," katanya.
Sementara itu, KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak kementerian telah menyiapkan 44 sekolah untuk siri jelajah bagi penghayatan hadis tersebut di seluruh negara dan sekolah tersebut akan menjadi rujukan bagi pelaksanaan aktiviti penghayatan hadis berkenaan di peringkat negeri.
"Ia melalui iklim sekolah berteraskan Hadis 40 Imam Nawawi, pelaksanaan inovasi dan perkongsian amalan terbaik serta memanfaatkan teknologi digital dalam membudayakan aktiviti penghayatan hadis berkenaan.
"Aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi sememangnya sedang giat dilaksanakan di semua institusi pendidikan KPM," menurut kenyataan itu.
Menurut KPM pelaksanaan penghayatan hadis itu bertepatan dengan konsep kemuliaan insan yang mementingkan aspek adab, akhlak, nilai manusiawi dan integriti dalam kehidupan seharian.
"Pelaksanaan ini juga adalah cerminan komitmen besar KPM untuk memartabatkan syiar Islam dan pada masa sama melahirkan modal insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia," menurut KPM.
Menurut kenyataan itu Perdana Menteri dalam Muzakarah Ulama dan Umara sempena Festival Turath Islami Selangor 2023 pada 25 Mei 2023 memaklumkan kerajaan akan mengambil inisiatif menerbitkan semula himpunan Hadis 40 Imam Nawawi untuk diedarkan ke seluruh sekolah. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024

Fadhlina berkata, program itu bagi berkongsi pandangan dan menambah baik Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang telah disiapkan KPM untuk dihayati guru kemudian diajar kepada pelajar Islam di sekolah masing-masing. - Foto BERNAMA

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.

KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.

GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.