PUTRAJAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan segera mengambil tindakan menebang pokok-pokok yang berisiko tinggi susulan kejadian terbaharu pokok tumbang di ibu negara hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata pada masa sama, DBKL juga diarahkan menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi yang dijangka siap pada Julai ini bagi memastikan insiden sama tidak berulang.
"Bagi memastikan kelestarian alam terus dijaga dan diberi perhatian, DBKL juga perlu memperincikan program penggantian semula pokok termasuk dengan meneliti kaedah-kaedah bagi memastikan pokok tersebut utuh dan selamat untuk jangka masa panjang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebatang pokok tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Bank di ibu kota hari ini dan hampir mengenai kenderaan yang membawa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Bagaimanapun pokok berkenaan menghempap bahagian belakang kereta peronda polis jenis Proton X70 yang mengiringi Ab Rauf.
Pada 7 Mei lepas, kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang meragut nyawa seorang lelaki dan menghempap 17 kenderaan serta landasan Monorel di Jalan Sultan Ismail.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024
DR ZALIHA: DBKL juga perlu memperincikan program penggantian semula pokok termasuk dengan meneliti kaedah-kaedah bagi memastikan pokok tersebut utuh dan selamat untuk jangka masa panjang. - Gambar fail/BERNAMA
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.
Rasuah: Biar DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu - Azam
SPRM serah kepada DBKL untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku salah seorang ahli lembaga penasihatnya yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.
Kes salah laku DBKL: SPRM akan dapatkan maklum balas esok
Ahmad Khusairi berkata SPRM akan menjalankan siasatan jika terdapat elemen jenayah seperti salah guna kuasa dan rasuah.
SPRM sedia siasat dakwaan salah laku ahli lembaga penasihat DBKL
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini tiada siasatan dibuka oleh pihaknya berhubung dakwaan itu.
DBKL jalankan siasatan dakwaan pemberian projek RM4 juta
Ahli lembaga penasihat tersebut dikatakan memegang jawatan dalam syarikat yang dianugerahkan projek berkenaan.
Inisiatif Lestari Niaga perkasa peniaga kecil dan tarik pelancong - Dr Zaliha Mustafa
Langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti DBKL.
DBKL giat teliti pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara - Dr Zaliha
DBKL akan menguruskan sepenuhnya hal berkaitan permohonan lesen perniagaan dan penyelenggaraan bazar Ramadan di ibu negara bermula tahun ini.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
DBKL perlu ambil tindakan tegas penganjuran Havoc Food Festival - Nik Nazmi
DBKL diharap dapat mengambil tindakan tegas ke atas penganjur Karnival Havoc Food Festival kerana tidak menghentikan penganjuran walaupun telah diarah berbuat demikian.
DBKL arah henti penganjuran Havoc Food Festival di Setapak
Penganjuran Karnival Havoc Food Festival yang diadakan di tempat letak kereta Sama Square di Setapak sejak 9 Jan dan dijangka tamat esok (12 Jan), diarah dihentikan bermula hari ini.