KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa untuk melakukan pemeriksaan di setiap projek pembangunan bagi memastikan tiada saluran longkang ditutup dengan sisa-sisa binaan.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, tindakan itu perlu bagi menghalang daripada berlakunya saliran air tersumbat seterusnya bertakung dan mengakibatkan banjir kilat.
"Dari apa yang diperhatikan, tiada perancangan daripada pihak pembina atau kontraktor dalam mewujudkan sistem perparitan tidak diubah suai terlebih dahulu. Ketika projek pembinaan sedang berjalan, banyak sistem saluran air tersumbat atau yang telah ditutup oleh sisa-sisa pembangunan.
"Apabila tiada aliran air menyebabkan air bertakung di jalan utama lantas menyebabkan berlakunya banjir kilat.
"Perkara ini amat serius dan saya merasakan bahawa pihak berkuasa seperti DBKL perlu melakukan pemeriksaan di setiap projek pembangunan bagi memastikan tiada saluran longkang ditutup dengan sisa-sisa binaan. Pemeriksaan ini akan dapat menghalang daripada berlakunya saliran air tersumbat dan seterusnya bertakung," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, kebanyakan kawasan banjir di ibu negara pada Isnin berlaku disebabkan pengurusan lemah di kawasan pembinaan, yang menyebabkan longkang tersumbat dan air tidak dapat mengalir melalui saluran keluar biasa mereka.
Ujarnya, DBKL harus memantau kerja-kerja kontraktor dengan betul dan tidak hanya menyerahkan kepada pembina semata-mata untuk melakukan perkara yang mereka suka dan akhirnya rakyat yang menderita.
Tambahnya lagi, isu banjir kilat ini bukanlah satu isu baru, tetapi merupakan isu yang sudah berlarutan agak lama.
Namun demikian beliau berkata, belakangan ini, banjir kilat berlaku dengan lebih kerap pada tahun ini dan ini merupakan satu panggilan untuk kita semua.
"Apa yang saya perhatikan ialah, banjir kilat ini bukan lagi terjadi hanya kerana kuantiti hujan yang turun dengan banyak dalam tempoh singkat semata-mata.
"Alasan ini sahaja tidak mencukupi untuk menjawab segala kerosakan yang melibatkan pelbagai kerugian terutamanya kereta-kereta yang telah ditelenggami air," tambahnya lagi.
Menurutnya, antara faktor yang mengakibatkan masalah banjir kilat adalah kerana wujudnya terlalu banyak tapak-tapak pembangunan projek-projek besar seperti Transit Aliran Massa (MRT), projek lebuh raya bertingkat dan banyak lagi bangunan-bangunan besar di tengah ibu kota yang berjalan serentak.
Umavathi Ramayah
Tue Mar 08 2022

Lam Thye berkata, kebanyakan kawasan banjir di ibu negara pada Isnin berlaku disebabkan pengurusan lemah di kawasan pembinaan. - Gambar fail
Kabinet Arab Saudi sokong resolusi pembinaan semula Gaza
Agensi Berita Arab Saudi melaporkan bahawa dalam mesyuarat Kabinet di Riyadh pada Selasa, Kabinet menegaskan penolakan sidang kemuncak itu terhadap pemindahan paksa penduduk Palestin serta gesaannya untuk menamatkan krisis kemanusiaan akibat konflik yang berterusan.
Serangan dron Rusia membunuh seorang individu
Rakaman video yang dikeluarkan perkhidmatan kecemasan tempatan menunjukkan pasukan bomba sedang memadamkan api di kawasan perumahan.
AS bantah rancangan pembinaan semula Gaza oleh pemimpin Arab
Malah, White House mendakwa cadangan semasa pembinaan Gaza, tidak mengambil kira realiti bahawa wilayah tersebut kini tidak boleh didiami.

Wanita Jepun berusia 108 tahun diiktiraf tukang gunting rambut wanita tertua di dunia
Seorang wanita berusia 108 tahun dari timur Jepun secara rasmi diiktiraf pada Rabu oleh Guinness World Records sebagai tukang gunting rambut wanita tertua di dunia.
Queensland siap sedia hadapi taufan pertama dalam tempoh 51 tahun
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata kerajaan sedang menyediakan 250,000 beg pasir kepada kerajaan Queensland, selain 80,000 yang telah dihantar oleh tentera.
Colek sajian moreh di Masjid Raudah Sakinah
Penyediaan moreh bukannya suatu kemestian sebaliknya amalan itu bertujuan memupuk semangat maufakat selain membuat amal kebajikan sesama umat Islam.
Pelajar cemerlang B40 terima biasiswa perubatan
Seorang pelajar cemerlang kumpulan berpendapatan rendah terharu selepas menerima biasiswa penuh daripada Universiti Perdana.
PRK Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan menyeluruh berhubung kematian individu terbabit masih dikendalikan oleh pihak berkuasa, ketika ini.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Saya hanya dedahkan perkara sebenar dalam 1MDB - Che Lodin
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu tujuan beliau memberi keterangan kerana mahu dedah perkara sebenar berlaku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.
Amzar tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mengambil keputusan menghentikan pertikaian peribadi mereka di prosiding Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu.

SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye
Lee berkata, walaupun objektifnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan, ia tidak boleh mengorbankan hak asasi manusia dan kebebasan sivil.

Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.

Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.

Pasang kamera papan pemuka untuk tingkat keselamatan jalan raya - Lee
Pemilik kenderaan di negara ini digesa untuk memasang kamera papan pemuka (dashcam) sebagai langkah keselamatan penting.

Perkukuh keselamatan digital, hukuman lebih berat tangani isu kanak-kanak hilang, penderaan seksual
Lee berkata isu ini memerlukan tindakan segera memandangkan statistik mendedahkan ramai kanak-kanak hilang berisiko menjadi mangsa eksploitasi.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.

Buli: Tindakan segera perlu, lindungi kesejahteraan pelajar - Lee
Ikatan Komuniti Selamat menggesa pendekatan tanpa toleransi terhadap buli dan tindakan segera perlu dilaksanakan bagi menangani isu berkenaan.

Piawaian keselamatan makanan perlu diperketat lindungi kesihatan awam - Lee
Hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap mereka yang melanggar piawaian keselamatan makanan sebagai usaha mengukuhkan aspek berkenaan.

Lee Lam Thye terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah OUM
Tan Sri Lee Lam Thye dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan oleh Open University Malaysia (OUM) pada majlis konvokesyen ke-38 di sini hari ini.