KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan 14 langkah interim dengan kos sekitar RM10 juta di bawah Pelan Tindakan Tebatan Banjir Kilat 2022 mulai bulan ini bagi mengatasi isu banjir kilat di ibu negara.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata inisiatif tambahan itu dijalankan sebagai langkah segera sebelum penyelesaian jangka panjang yang kini masih dalam kajian Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) dan dijangka selesai April tahun depan dapat dilaksanakan.
"Kita dah mula ambil tindakan, kita akan lihat kesan 14 langkah ini dalam masa tiga bulan...kerja-kerja yang menyumbang kepada banjir kilat juga akan dikawal selia dengan lebih rapi.
"Kita juga sudah lantik pasukan konsultan (IKRAM) untuk kaji keseluruhan sistem saliran di Kuala Lumpur dan punca kerap banjir kilat...ia ambil masa 12 bulan," katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.
Beliau berkata pelan yang akan berpandukan kepada ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia itu membabitkan 25 'hotspot' antaranya Jalan Pintasan Segambut, Jalan Rahmat, Jalan Sultan Azlan Shah, Lebuhraya Sultan Iskandar dan Jalan Maharajalela.
Mahadi berkata tumpuan akan diberikan kepada kerja pemantauan dan pembersihan bagi memastikan saluran keluar air larian ke tepi jalan tidak tersumbat atau terhalang yang akan dilaksanakan pasukan khas 'Public Service Delivery Team' seliaan DBKL.
Langkah lain, jelasnya termasuk menaik taraf 'scupper drain' bagi memastikan kecerunan saluran air sentiasa memuaskan dan menempatkan jentera dan petugas DBKL di lokasi strategik banjir bagi memudahkan mobilisasi jentera seperti trak tunda, lori pam air bergerak dan pam air berkuasa tinggi ketika kejadian.
Beliau berkata langkah penyuraian trafik juga akan dipertingkat dengan menempatkan lebih ramai warden trafik DBKL serta Polis Trafik Kuala Lumpur bagi membantu pengguna jalan raya membuat lencongan ke kawasan tidak terlibat banjir kilat.
Mahadi berkata DBKL juga akan membina 'sump' baharu bagi memastikan saluran air lebih sempurna, memasang guni-guni pasir sebagai langkah interim sebelum 'flood wall' siap dibina dan menjalankan kerja mengeluarkan kelodak di kolam takungan banjir.
Selain itu, katanya DBKL turut akan memastikan tangki 'On Site Detention' milik persendirian berfungsi dengan baik serta melantik kontraktor bagi memastikan sungai dan saluran air tidak dihalang sampah, akar pokok dan tumbuhan liar.
Beliau berkata pihaknya juga bercadang menggunakan lebih banyak 'Stone Mastic Asphalt' untuk turapan jalan yang lebih meresap air, memperbanyak aktiviti 'plogging' (jogging dan kutip sampah), mengisytihar lebih banyak 'Zon Bebas Sampah' serta mengeluarkan mesej amaran banjir kilat menerusi Sistem Pesanan Ringkas kepada warga kota.
"DBKL menyeru semua warga untuk memberi kerjasama bagi melaksanakan pelan ini dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat khususnya ke dalam sistem saliran.
"Warga kota juga boleh beri maklum balas dan cadangan kepada DBKL, kita sentiasa mengambil maklum dengan maklum balas diberi menerusi media sosial, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan 14 langkah interim dengan kos sekitar RM10 juta di bawah Pelan Tindakan Tebatan Banjir Kilat 2022 mulai bulan ini bagi mengatasi isu banjir kilat di ibu negara. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Februari 2025.

Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.

Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.

DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.