KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Titiwangsa menyita kerusi, meja serta peralatan lain diletakkan di laluan awam tanpa kebenaran DBKL di ibu negara.

Menurut DBKL, sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dalam operasi diadakan di Jalan 2/76c Desa Pandan dan Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh).

"Antara barangan yang disita adalah meja dan kerusi plastik, khemah dan lain-lain peralatan.

"Kesemua barangan itu dibawa ke stor sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi," menurut kenyataan DBKL di Facebooknya.

Dalam pada itu, pihak DBKL turut memaklumkan akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti pasti.

"Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/," tambah kenyataan itu. - Sinar Harian