SHAH ALAM: Kerajaan dicadangkan mengemukakan butiran perjanjian persempadanan maritim yang ditandatangani dengan Indonesia kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa Parlimen secara rahsia.
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu boleh dilakukan sekiranya kerajaan tidak boleh menyahklasifikasikan perjanjian tersebut bagi menunjukkan ia tidak membabitkan blok Ambalat.
Katanya, ia kerana kedua-dua pihak mempunyai ahli Parlimen dalam jawatankuasa khas itu selain disebabkan isu sempadan negara menjadi perkara yang sentiasa sensitif.
"Saya melakukan pendekatan (dedahkan perjanjian) ini semasa program imunisasi COVID-19 kebangsaan (PICK).
"Walaupun ada perjanjian tanpa pendedahan (NDA) dengan pihak pengeluar (vaksin), saya menunjukkan kontrak pembelian (vaksin itu) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)," katanya menerusi InstaStory di akaun Instagram beliau pada Khamis.
Mengulas lanjut, bekas Ketua Pemuda UMNO itu memberitahu, PAC kemudiannya merumuskan bahawa semua proses pembelian vaksin terbabit adalah betul dan mematuhi peraturan.
"Jadi (kepada kerajaan sekarang) buatlah perkara yang sama," ujarnya bekas Ketua Pemuda UMNO itu lagi.
Kerajaan Persekutuan pada Ahad lalu digesa menyahklasifikasikan dokumen perjanjian persempadanan maritim yang ditandatangani dengan Indonesia pada Jun lalu, bagi merungkai isu Ambalat yang dibangkitkan beberapa pihak.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, langkah itu dapat menjawab sejauh mana Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Joko Widodo, tidak membabitkan blok Ambalat.
Katanya, pendedahan perjanjian itu juga dapat menoktahkan spekulasi dan kebimbangan rakyat berhubung sempadan separa laut wilayah antara dua negara di Laut Sulawesi, seperti yang dikatakan kerajaan sebelum ini.
Ronald berkata, blok Ambalat seluas kira-kira 15,000 kilometer persegi di tengah wilayah pertikaian di luar pantai Sabah itu yang dikatakan mengandungi sumber minyak mentah terbesar di dunia dan dipertahankan Malaysia sejak sekian lama, tidak boleh digadai sama sekali.
"Apatah lagi pakar maritim yang terbabit dalam usaha melindungi hak Wilayah Malaysia, memberi amaran kepada Putrajaya supaya tidak menandatangani sebarang perjanjian baharu untuk menyelesaikan pertikaian sempadan yang berlarutan dengan Indonesia.
"Mereka berkata Malaysia tidak sepatutnya berkompromi terhadap tuntutannya ke atas kawasan tertentu. Kita tidak boleh bertolak ansur atau berkompromi dalam soal kedaulatan negara, khususnya perairan Sabah yang juga membabitkan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) serta pelantar benua antara Malaysia dengan Indonesia," katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 24 2023

Khairy berkata, langkah itu boleh dilakukan sekiranya kerajaan tidak boleh menyahklasifikasikan perjanjian tersebut bagi menunjukkan ia tidak membabitkan blok Ambalat. - Gambar fail/BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.