KOTA BHARU: Hampir setiap petang Nor Izyan Syahida Rosli akan berkunjung ke Pantai Cahaya Bulan, gadis berusia 26 tahun ini bukannya seorang figura terkenal ataupun selebriti, namun kehadirannya amat dinantikan ratusan 'peminat' setia di lokasi tersebut.
Sejak setahun lalu, menjadi rutin harian Nor Izyan Syahida datang bersama 'buah tangan' buat peminatnya, iaitu lebih 100 ekor kucing jalanan yang rata-rata dibuang pemilik asal, malah ada yang sakit dan amat memerlukan rawatan.
Bercakap kepada Bernama, 'self feeder and rescuer' (pemberi makanan dan penyelamat persendirian) kucing jalanan Nor Izyan Syahida berkata, kali pertama beliau datang ke lokasi tersebut kira-kira setahun yang lepas sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua kilogram makanan kucing yang dibawanya habis dalam tempoh singkat.
"Ketika itu, saya lihat sendiri bagaimana kucing di sini mencari makanan, ada yang menyelongkar tong sampah di sekitar lokasi ini tetapi makanan tidak ada. Tersentuh melihat perkara tersebut, saya teruskan aktiviti memberi makanan dan minuman kepada kucing di sini sehingga hari ini," katanya.
Perlu berulang-alik kira-kira 24 kilometer dari kediamannya di Kampung Langgar ke lokasi tersebut, serta meluangkan masa dua jam dalam kehidupan hariannya untuk aktiviti itu, Nor Izyan Syahida tidak kisah asalkan niat membantu mamalia tersebut dapat dicapai.
"Bantuan untuk makanan kucing disumbangkan oleh 'Dady Oyen Strays Malaysia', mereka akan agihkan kepada 'feeder dan rescuer' kucing jalanan di seluruh negara termasuk kepada saya.
"Selain itu, sumbangan turut diterima dari orang awam yang terpanggil untuk turut sama menyalurkan bantuan kepada kucing jalanan di sini dan secara purata sejumlah RM150 diperlukan sehari untuk membeli makanan basah dan kering buat kucing di sini, tidak termasuk ubat-ubatan," katanya yang mendapat sokongan kuat ahli keluarganya menjalankan aktiviti itu.
Apa yang lebih menarik lagi, Nor Izyan Syahida bukan sahaja meluangkan masa untuk memberi makanan, malah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Hubungan Antarabangsa) Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini, turut memberi rawatan segera kepada kucing yang memerlukan.
"Selain makanan, setiap kali datang ke sini saya turut membawa ubat-ubatan seperti antibiotik, ubat tahan sakit, vitamin, penggalak imunisasi dan makanan pelengkap.
"Ini kerana ada kucing di sini yang memerlukan rawatan kena menghidapi penyakit seperti selesema, demam, sakit mata, cirit-birit, kurap, penyakit kulat sporotrichosis serta diserang virus parvo. Jika kucing mengalami gejala sakit yang ringan, saya akan rawat terus di sini, namun jika penyakit lebih teruk saya akan bawa pulang seterusnya bawa ke klinik veterinar," katanya.
Setahun menghulurkan bantuan kepada kucing jalanan, Nor Izyan Syahida terus tekad untuk meneruskan aktiviti tersebut, namun amat mengharapkan masyarakat lebih peka untuk tidak membuang mamalia tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 03 2021

Setahun menghulurkan bantuan kepada kucing jalanan, Nor Izyan Syahida terus tekad untuk meneruskan aktiviti tersebut. - Foto Twitter/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran
Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri, Bayan Lepas di sini hari ini.

Suspek letak kucing dalam guni telah diambil keterangan - DVS Selangor
DVS telah mengambil keterangan beberapa individu disyaki terlibat dalam memasukkan sebilangan ekor kucing yang masih hidup ke dalam guni.

Video tular: Sumbat kucing hidup-hidup dalam guni
Polis menjalankan siasatan berkaitan tindakan sekumpulan individu di kawasan Pangsapuri Batu 9, Cheras yang didakwa menangkap beberapa ekor kucing sebelum memasukkannya ke dalam guni.

'Pembunuhan' kucing di UM dilakukan psikopat? - Aktivis haiwan
Aktivis haiwan yakin kejadian membabitkan beberapa ekor kucing yang ditemukan dalam keadaan ngeri dengan perut dibelah, kaki dipotong serta usus dikeluarkan di UM mungkin dilakukan psikopat.

Tular: Kucing mati putus kaki, perut terbelah di UM bukan akibat didera
Kes dua ekor kucing ditemui mati dalam keadaan mengerikan di Universiti Malaya (UM) yang disangkakan dibunuh kejam oleh manusia, disahkan maut akibat serangan anjing liar.

Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam
Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.

Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho.

Pemandu tidak sedar kucing tergantung ketika mahu bawa ke klinik haiwan
Pengadu hanya sedar haiwan berkenaan berada dalam keadaan tergantung selepas sampai di klinik dan bertindak membukakan ikatan di lehernya.

Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'
Orang ramai terutama pencinta kucing begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.

Kucing terima Ijazah Kehormat 'Doctor of Litter-ature'
Vermont State University Castleton Campus mengumumkan anugerah khas kepada kucing digelar Max itu kerana kemesraan luar biasa.